Isnin, 22 Mac 2021

Shopping Hilang Stress Belajar

 Bismillah.

Assalamualaikum semua

Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita. Saya doakan semoga kita diberi hidayah dan pertunjukan ke jalan yang benar Amin.. 

Time cuti macam ni lah kawan kami berjalan, ada yang berjalan untuk beli barang keperluan harian, ada yang beli barang untuk persediaan asrama, ada yang sahaja berjalan untuk habiskan duit. Ada juga yang berjalan shopping beli baju. 

Disebabkan roommate kebosanan terperap sahaja dalam bilik, so kami rancang untuk keluar berjalan bersama sama beli baju. Sebenarnya kami tak bawak banyak baju masa pendaftaran. So kami sering guna baju yang sama Jah. Hahaha. Tu lah pasal kami pergi shopping.

Rezeki kami pulak ye pergi shopping masa tengah SALES. Alhamdulillah murah murah baju yang dijual walaupun kedai antarabangsa. Hahaha. Sebab sekarang kan BO, Padini apatah lagi tah tengah sale sampai 4 April. 

Beratuq panjang oh... 

Boleh tahan juga ye poket kami kotak sebab semua barang murah. Tapi aku beli seluar ja kat BO Rm30 . Murah kan. Aku kalau pergi shopping tempat brand ni aku pilih time promosi ja. Hahaha.

Oh lupa nak bagitau kami pergi shopping kat AEON Tebrau ja. Ingatkan nak pergi Ekia sekali tapi takut tak sempat nak balik asrama sebelum jam 9malam. So kami batalkan keinginan untuk pergi ke sana. 






Malas nak taip panjang lebar. So aku letak gambar je. Video ada juga tapi aku letak kat YouTube aku. Pergi cari sendiri aku punya channel. 
Kami balik asrama naik Grab.

P/s : setiap apa yang saya tuliskan tidak ada sedikit pon riak dan niat ingin menunjukkan kemesraan dan kemewahan. Tapi saya ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup saya di dalam blog ini.

Kalau anda rasa tidak suka dan menganggap saya berlagak, anda tidak perlu untuk singgah di  blog saya. Sekian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan