Bismillah
Semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga kejayaan milik kita. Amin..
Malas nak bebel panjang-panjang.
Lupa nak pakai stokin. Hahaha. Pakaian dah smart dah. Tak pe yang penting yakin.
Bolehlah tadi tak da kan. Doakan supaya saya berjaya di dunia dan akhirat. Amin
Aktiviti petang kami main basikal. Tapi yang paling sedih basikal aku dia punya bakul dangn tempat pemegang tu goyang. Tapi kami puas hati dan rasa resonok
Acah-acah ke ni.. nak masukkan gambar ni dalam Instagram tapi malu. Ye lah kami Likes pon tak banyak. Aku sewa basikal ni kat poli satu jam RM1.
Sebenarnya kami haus nak minum air, tapi apakan daya kedai tutup. Hahaha. Aku naik basikal yang ke dua belah kanan.
Setelah kepenatan akhirnya kami bersandar di situ. Sakit jugak ye bontot kami ni.
Hehehe. Badan dah kurus tapi muka pulak makin hitam. Takpa lah hitam manis pon okay.
Terima kasih ye kasut sebab telah berjaya sampai ke destinasi yang dipinta
Kami orang kaya (Amin), malam kami tak tau makan apa. So kami Oder lah mekdi kat Foodpanda. Membe bagi cadangan nak makan mekdi atau Maggi. Tapi ramai nak nak mekdi.
Masa ini ada park aku buat lawak. Boleh pulak aku turun bawah tak pakai tudung. Tudung tu aku letak kat bahu bukan kat kepala. Hahaha. Sebenarnya aku lupa. Nasib baik semua wanita.
Tak sempat nak makan berjemaah dengan roommate, assignment memanggil aku. Akhirnya aku mengalah untuk buat assignment. Masa ni perut dah lapar sebab satu hari tak makan.
Balik selepas buat assignment dalam jam 10.45 malam macam tu aku terus solat Isyak kemudian aku makan.
"Orang yang suaranya tidak jelas didengar apabila bercakap dengan orang, dia sebenarnya tiada keyakinan"
"Ketenangan datang apabila kita bersyukur"
"Tak semestinya kita dapat apa yang kita nak itu yang membahagiakan kita"
"Perkaa yang paling mahal adalah bahagia"
"Bila sedang marah emosi akan mengawasi akal dan kita akan membuat tindakan yang salah"
"Matang bukan terletak pada umumnya, tapi pada dia menyelesaikan masalahnya dengan betul"
"Sikap seseorang kita cuma nampak sedikit luaran sahaja, tapi dalaman kita tak nampak"
"Berfikir - emosi - akal"
"Apabila kita bersyukur, kita akan bahagia"
"Jangan samakan kehidupan orang lain dengan kita"
Semoga Nur Amy Emylia berjaya didunia dan akhirat. Kejayaan kita adalah kerana doa orang tua kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan