Bismillah
Semoga kehidupan kita baik-baik sahaja. Saya doakan anda semua sentiasa dalaman rahmat dan kasih sayang nya.
Harini aku dan rommete puasa, kami mahu gantikan puasa tahun lepas punya. Sementara ada masa yang lapang ni kami berpakat untuk membuat amal.
Pendapat aku bagus jugak kalau kami berpuasa, sebab kami dapat jimat duit, dapat menjaga kesihatan dan paling penting dapat pahala. Semoga tuhan memberi ganjaran pada kami.
Bila tengok gambar ini, aku rasa tak sabar untuk menantikan bulan Ramadhan, kerana dapat berpuasa sama-sama dengan mereka.
Pagi tadi kami Bangun jam 5pagi, sahur lauk nasi putih, tomyam ayam, dan Maggie. Best dapat kongsi makanan mereka. Semoga rommete yang belanja ni berjaya di dunia dan akhirat.
Setiap malam kami akan kumpul bersama, aktiviti yang kami lakukan adalah berbual-bual bermacam topik dan kisah hidup kami. Kami jugak berkongsi pendapat dan pengalaman.
Banyak-banyak hari yang telah aku lalui disini, dan pada hari ini, 8 MAC 2021 adalah hari kesedaran bagi aku. Roommete banyak menceritakan tentang semangat, usaha, rezeki untuk kami.
Mereka menjadi aku lebih semangat untuk belajar mana tidaknya, aku lemah dalam matapelajaran bahasa Inggeris, tapi mereka memberikan aku motivasi untuk terus kuat.
Mungkin kita bahagia, berjaya dan dimudahkan segala urusan disini adalah disebankan doa ibubapa aku. semoga mereka baik-baik sahaja.
Doakan Nur Amy Emylia berjaya di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan