Bismillah
Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesihatan yang baik. Semoga kita ada masa dan ruang untuk bertaubat dan kembali kepada fitrah. Apa yang berlaku pasti dengan izin Allah. Semoga Allah mudahkan segala urusan kita.
Harini kami sepakat tidak mahu puasa. Sebab kami nak beli aiskrim kat cafe. Mana tidaknya, kalau beli lambat nanti aiskrim habis kalau beli awal aiskrim tu cair. So itu adalah alasan kenapa kami tidak mahu puasa. Jangan ikut perangai kami ya.
Harini aku ada kelas online satu jam dengan PA pensyarah kelas kami. Itupun settle tentang pengurusan politeknik dan sistem yang perlu kami daftarkan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga beliau dimudahkan segala urusan. Amin.
Selain daripada kelas online, aku juga menyiapkan kerja berkumpulan, kami cuma cari maklumat tentang topik kumpulan kami. Pening jugak lah otak kami nak mencarinya dengan Line yang agak slow ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan