Bismillah
Assalamualaikum semua, semoga kita semua dirahmati oleh Allah. Semoga kita menjadi orang yang baik akhlaknya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Saya doakan semoga Allah ampunkan dosa dosa kita. Amin.
Padi dalam jam 8 aku ada kelas f2f. Aku bangun dalam jam 6 pagi macam tu terus mandi. Boleh dikatakan awal jugak ya aku bangun. Hahaha. Disaat mereka masih tidur lena aku terjaga dan menahan mata. Mereka kelas lambat dalam jam 9, 10, 11 pagi. Tu yang mereka masih lagi nyenyak dibuai mimpi.
Jangan kecam mereka ye. Mereka diberi cuti dengan lambang bendera Merah. So mereka perlu nikmati tidur itu dengan secukupnya.
Habis kelas dalam jam 11 pagi macam tu, aku terus pergi balik. Disebabkan aku kebosanan di bilik, aku terus pura-pura rajin basuh baju aku. Bukan apa, tak ada aktiviti nak dibuat masa tu. Itulah tetiba jadi rajin. Hahaha
Roommate aku semua ada kelas, sorang kat bilik tengah kelas online, sorang kat tangga cari Line, sorang kat depan laptop tengah buat video. Jadi disitu lah datangnya kebosanan melanda aku.
Waktu petang dalam jam 5 kami pergi luar. Cari barang keperluan, makanan Maggi, Ramen. Jauh jugalah berjalan kaki, hampir 1 jam. Krim kami kami na. Kami beli Maggi sebab malam kami nak makan sama-sama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan