Jumaat, 19 Mac 2021

18MAC2021

 Assalamualaikum

Bismillah

Semoga semoga Allah mengampuni dosa dosa kita, semoga Allah berikan kesihatan pada kita, semoga Allah memudahkan urusan kita. Semoga Allah memberi ketenangan kepada kita. Ketenangan adalah perkara yang sangat mahal. Bila kita tenang insyaallah kita akan bahagia.


Harini aku ada kelas online dalam jam 9.30pagi. sementara tunggu kelas, aku sempat basuh baju walaupun semalam aku dah basuh baju. Kiranya aku basuh baju hari-hari lah. Rasanya minggu ini aku rasa aku lah paling rajin. Mana tidaknya, baju kotor pegun satu besin. Hahaha.

11.00 pagi aku ada kelas fundamental of tourism and hospitaliti. Aku suka sangat dengan pensyarah yang mengajar ni, beliau banyak bagi motivasi, inspirasi, cerita pasal kehidupan dunia dan paling penting banyak cerita pasal rohani. Semoga Allah memberi kesihatan pada beliau.

Balik ja dari kelas tu, aku terus singgah masjid untuk solat zuhur. Semoga aku amalan baik ini aku sentiasa istiqamah. Amin. Selain itu, aku dah daftar sebagai kelas rakan muda ahli masjid. Saya bukan nak riak, cuma saya suka kongsikan pengalaman hidup. Jangan buruk sangka nak... 

Dalam jam 3 petang, kelas aku perlu tangkap gambar untuk buat kad matrik. Kalau photographer tu tangkap gambar aku buruk, maka buruk lah aku dari sem 1 hingga sem 6. InshaAllah semoga gambar aku cantik. Hahaha



Selepas solat Isyak, rommete berpakat untuk baca yasin bersama. Alhamdulillah semoga Allah terima amalan kita. Semoga ianya menjadikan kita lebih baik dan makin dekat dengan Allah. 


Aku Oder Nasi goreng seafood. Alhamdulillah nasi goreng ni sedap ada banyak udang dengan sotong. Tak macam haritu, udang dah lah ½. Banyak kan nasi dia. Aku kongsi dengan kawan aku.


Waktu malam kami pelajar perempuan ada perhimpunan, ini kira kami pertama lah. Warden cuma cakap tentang peraturan asrama. 

Alhamdulillah tadi aku dapat call mama dan ayah aku. Hilang rasa rindu tu. Semoga mereka bahagia dan diberikan rezeki yang banyak. Amin.

Sekarang aku tengah menaip sambil minum kopi. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan