Bismillah
Assalamualaikum
Aku doakan semoga kita berjaya di dunia dan akhirat. Semoga Allah ketemu kita dan orang yang kita sayang di syurga. Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayah pada kita. Insyaallah amin.
Harini hari paling malas serasanya kot dalam 2 minggu kat sini.. bangun jam 6 pagi, lepas solat subuh terus tidur. Aku bangun-bangun tengok kawan aku tidur. Apa lagi tidur lah. Aku banyak kali juga terjaga tapi apakan daya, aura kawan aku tidur lagi kuat daripada terjaga. Hahaha. Lepas bangun kepala aku pening. Mungkin sebab terlebih tidur kot.
Dengan bangganya aku nak bagitau yang Harini aku makan habis kawan-kawan. Hahaha selalu tak habis kalau makan. Ikan tu aku belah 2 dengan roommate aku. Kami pelajar perlu lah jimat.
Aktiviti sekarang aku tengah buat ni. Roommete aku tidur so ke sini lah kita. Hahaha layan drama jam 9.00. hari ni kira hari paling bosan sebab tidak ada aktiviti.
Dalam jam 1.00 pagi dengan tidak sengajanya perutku tetiba rasa lapar. Aku ajak kawan untuk makan Maggi bersamaku.. hahaha. Dalam jam 1.40 pagi macam tu baru settle makan.
Harini kami tidur lambat sebabnya siang kami bangun Tengah hari. Lepas bangun tidur lagi. Bangun tidur bangun tidur bangun tidur hingga abang Jamil mampus.. hahah
Bahagia aku di sini kerana doa orang tua aku. Semoga mereka diberikan kesihatan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan