Sampai sahaja di depan asrama pelajar perempuan, aku, mak dan ayah membantu mengeluarkan barangan seperti beg baju, bakul dan peralatan yang lain dari kerata. Aku sangat terharu dan bersyukur kerana senior dan pengawal keselamatan turut membantu ku. Aku meletakkan tanganku di dada tanda terima kasih kepada mereka.
"Biar mereka angkat barangan kamu.. kamu pergi daftar sekarang di cafe."
Aku bergegas ke cafe untuk daftar sebagai pelajar baru. Ayah mencari parking di sebelah cafe sementara tunggu aku daftar. Aku memerhatikan ada seorang pelajar dan pensyarah datang ke arah ayahku untuk menyuruh keluargaku beredar dari situ.
Mak datang kearah aku dan menyatakan bahawa mereka terpaksa pulang sekarang, rupanya ibu bapa tidak dibenarkan untuk berada di asrama dalam masa yang lama kerana mungkin sekarang tengah zaman covid.
Selesai aku daftar, aku tercari cari kereta mereka, tapi tidak jumpa. Dalam hati berharap agar mereka tidak tinggalkan aku. Rasa sedih.
Aku telefon mak, dan bertanya mana mereka, ternyata mereka sudah balik..
Aku tidak sempat salam kedua orang tuaku. Itulah peristiwa yang paling sedih pada 2021.
Abang dan kakak senior yang tolong bawa barang aku yang banyak ni hantar ke dalam bilik aku. Baikkan mereka. Semoga Allah memberi ganjaran Yang baik kepada beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan