Bismillah
Semoga semuanya sihat sejahtera dan mendapat redha Allah. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua. Amin
Alhamdulillah Hari kami puasa ganti yang ke 3. Semua selamat hingga ke akhirnya. Haha. Pagi tadi kami bangun jam 5 pagi sahur roti, Maggie dan minum air. Selepas sahur, kami solat Subuh.
Harini aku ada kelas online pukul 11 pagi subjek peradaban dan etika. Lama jugak lah lah kelasnya. Stress jugak aku masalah Line kat poli ni, dengan aku guna Line Celcom basic nya. Boleh tahan lambat jugak lah.
Tapi yang lawaknya, aku keluar bilik cari Line kat tangga. Siap duduk kat tangga lagi hahaha. Alhamdulillah cantik juga Line kat sini. So ini lah port aku kalau kelas online.
Hehehe
Menu kami buka adalah nasi goreng seafood, Nasi goreng USA, nasi goreng ayam. Roommete kami siap belanja air dan pizza lagi. Syukur alhamdulillah rezeki yang tuhan berikan. Semoga mereka murah rezeki. Amin
Nasi goreng seafood RM5. Tapi aku dapat seafood 1 ekor udang yg di belah 2. Haha . Nasib baik ada sotong. Bolehlah kita sabar sikit. Nasi goreng ni banyak tau.. tu yang puas hati.
Pizza ni rommete belanja semoga beliau murah rezeki. Amin
Aktiviti malam dalam jam 10 malam macam tu kami makan roti cecah dengan jem coklat. Kami perlu habiskan roti tu sebelum esok sebab tarikh exp esok. Gelabah memasing makan roti tu. selain itu kami juga main game.
Waktu malam kalau kami nak tidur ruang bilik rasa macam panas sangat. kami dah buka kipas dengan keluan 5 kot. tetap panas jugak weh. aku dan romeet berpakat tidur bawah. hahaha. kami turunkan tilam dan tidur awah bersama.
bahagia disini aku rasa sekarang adalah doa daripada mak dan ayah aku. semoga kita dipermudahkan segala urusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan