Isnin, 22 Mac 2021

Sambal Hitam Sedap

 Assalamualaikum 

Bismillah

Saya doakan kita semua dirahmati oleh Allah, dimudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Amin semoga Allah terima amal baik kita. 

Semalam aku ada oder sambal hitam ikan bilis. Aku dapat tahu pon sebab Kawan aku ada post sambal bilis hitam kat group. Dah lama sebenarnya aku ngidam sambal pelik pelik ni. Yelah mana tidaknya, aku selalu tengok Instagram, sambal bilis, sambal petai, sambal hitam ni.. 



Banyak cubaan dan halangan aku nak beli sambal ni, antaranya adalah duit tengah pokai, tunggu punya tunggu tapi tak sampai pada hari yang dijanjikan, aku tak boleh keluar gate asrama pelajar perempuan, penjual pon tak boleh nak cod sampai tempat aku. 

Sementara tunggu dia cod kita bergambar dengan kucing.


Akhirnya aku tidur lagi dibuai mimpi-mimpi indah untuk mengubati perutku yang mengidam sambal hitam. Hahaha.

Malam selepas Isyak, aku dapat wassap daripada penjual tu, dia kata OTW.. hahaha. Hampir 20 minit aku tunggu kat gate belakang. Dah lah gate tu sunyi sangat. Kawasan tu adalah tempat larangan untuk orang cod. Tapi apakan daya, mungkin kami ni pelajar yang agak sedikit nakal. 

Aku tunggu beliau, akhirnya muncul juga. Agak seperti penjenayah untuk mendapatkan barangan yang aku beli. Padahal nak beli sambal hitam je. Nak pergi gate tu senyap-senyap, pastu aku kena pastikan tiada orang yang perasan kalau tidak mesti mereka ambik gambar aku dan viral. Hahaha. Habis aku kena denda dengan warden. 

Bila aku makan sambal hitam dengan nasi putih, SUMPAH MENYESAL BELI WEH. mengucapkan panjang aku, menyesal pon menyesal juga Nasi tetap tambah. 






Mesti kamu pelik kenapa saya cakap MENYESAL BELI SAMBAL NI. Okay lah saya bagitau. Saya menyesal sebab beli SATU je sambal ni, sumpah dah lah sedap, sambal hitam ni bikin gue ketagih Sik, murah pulak tu rm 12 untuk 200gm weh. Bukan aja guew yang kata begitu tapi teman gue pon kata kawak gitu dong.

Berita paling sedih bagi aku adalah sambal hitam tu habis weh. Aku beli semalam tapi hari ini habis weh. Huhuhu. Ingatkan nak beli untuk jimat 1 minggu, tapi ni dah habis 1 hari. Tak jadi jimat ni tapi jadi membazir. Yang penting rasa dia sangat puas hati. Alhamdulillah Allah bagi Sedap. 













Tiada ulasan:

Catat Ulasan