Isnin, 22 Mac 2021

Aku Tidur Bawah

 Bismillah 

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, semoga kita jadi manusia yang positif, bila kita sentiasa positif, insyaallah aura kebaikan akan sentiasa kejar kita. So sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Sejak tinggal kat asrama ni kami dah banyak kali tidur bawah. Antara sebab kenapa Kami buat macam tu adalah bila menjelang waktu malam je mesti bilik kami panas. So roommate aku berpakat untuk tidur di lantai bersama sama. Kalau tidur sorang tak syok oh mesti kena ajak teman lah.



Sebenarnya kalau di rumah kat kampung, aku jarang tidur kat lantai sebab aku tak selesa, badan tulang belakang sakit-sakit tidur kat mozek. Di rumah Aku selalu tidur kat katil yang ada tilam yang empuk dan selesa. Hahaha. Bila belajar kat sini kawan aku syok tidur kat bawah apalagi aku pon join sekali lah. 

Masa mula-mula tu kami berpakat dengan roommate tarik tilam, kami letak lah kat bawah tidur sama-sama. Tapi sekarang, malas lah nak kemas nak angkat tilam nak susun balik semula tilam tu. So kami guna selimut dan sejadah tebal sebagai ganti tilam. Tak lah banyak sangat proses nak kemas tu. 

Yang sejadah tu tempat tidur aku, yang pink tu tempat tidur roommate aku. Ni pon guna ruang bilik kawan aku. 

Alhamdulillah jadikan diri kita sentiasa bersyukur bersyukur dengan apa yang ada. Bila kita bersyukur insyaallah mungkin Allah akan tambah lagi. Bahagia datang apabila kita bersyukur dan ikhlas.

Ya-Allah ampunkan dosa dosa kami, berikan kebahagiaan kepada kami, jadikan kami hambamu yang bersyukur. Amin

Bahagia kita dimana-mana adalah kerana doa orang tua kita. Kerana doa mereka tiada hijab. Semoga Allah memberi kesihatan kepada mereka. Amin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan