Bismillah.
Berhati-hati dengan si batu api.
Berhati-hati apabila kita berjumpa dan bergaul dengan orang dan masyarakat sama ada kita kenal atau tidak pasti ada sahaja menjadi satu api permusuhan.
Mereka ini adalah orang yang paling gembira sekiranya berlaku pertengkaran disebabkan kata-kata mereka.
Mereka juga manusia paling gembira apabila fitnah itu disebarkan tanpa bukti yang kukuh.
Mereka juga bangga dengan kebolehan mereka untuk menghasut orang lain.
Tanpa mereka sedar mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia.
Semoga dijauhkan daripada bertemu dengan orang sebegini.
Batu api ni ialah orang yang suka menghasut atau melaga-lagakan orang. Maksudnya merosakkan hubungan sesama manusia. Hukumnya adalah haram dan merupakan di antara dosa-dosa besar. Moga kita dijauhkan.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tidak akan masuk syurga golongan Nammam". (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
"Ya Allah, jauhkanlah diri kami daripada segala sifat mazmumah dan hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan