Rabu, 17 Mac 2021

17 MAC 2021

 Assalamualaikum

Bismillah 

Semoga kita semua dirahmati Allah, semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, semoga Allah matikan kita dalam keadaan yang baik. Semoga kita dapat berkumpul di syurga. Amin 

Pagi ni dalam jam 9 pagi kami ada kelas tentang etika dan peradaban. Line Celcom boleh tahan slow jugak walau pon aku dah langgan yg laju punya. So pilihan akhir aku terpaksa pergi bilik kawan untuk tumpang dia punya Line dia. Guna dia punya notebook pulak tu. 


Habis je kelas etika aku terus buat latihan dalam CIDOS Time ni Line alhamdulillah. Lepas je siap latihan aku terus je hantar pada pensyarah aku.

Makan tgh hari. Pastu ngantuk. Pastu tido. Pastu terlepas kelas. Ini punca


Sepatutnya aku ada kelas petang dalam jam 2.30 ptg, tunggu punya tunggu dari saat ke minit, minit ke jam untuk pensyarah bagi links, akhirnya aku terlelap seketika. Aku sedar je jam dah 3.50. ya Allah mengucapkan panjang aku. 

Aku buka wasap group kelas, terkejut bila pensyarah dah bagi link. Ya-Allah rasa jantung macam nak tercabut ja. Aku pon siap pakai tudung buat apa yang patut. 

Aku tekan lah link tu, tapi tak boleh masuk pon. Ah sudah. Aku pergilah kat tangga sebab situ ja Line okay sikit dpd bilik aku tu Line macam hawau. Aku dah penik Gile masa tu. 

Aku terus pergi bilik kawan aku, aku tanya dia tengah kelas online, kenapa aku tak boleh masuk dalam meeting tu. Kawan aku terkejut tengok aku, dia hanya gelak sakan. Jawapan dia buat aku terkejut

 "Apasal aku tak boleh masuk meeting ni"

"Hahaha, kelas dah habis lah"

"Bila"

"Dah lama, sir pon bincang dalam 10 minit"


Terkejut aku, rupanya aku tertidur masa tengah kelas weh. Hahaha. Ni semua salah maggi dan air Milo. Kalau tidak sebab itu, aku takkan terlepas kelas. Kan Perempuan mana pernah salah.



Aktiviti jam 11 malam. Makan Maggi. Minum Milo. So hari ni aku makan Maggi dan minum Milo 2 kali tau. Mana tak bodoh tu datang.


Makan selepas Isyak. Mi Bandung tu kawan aku kongsi 2 orang. Bukan apa minggu akhir macam ni kami kena jimat. Hahaha. Aku makan nasi goreng ja.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan