Bismillah
Assalamualaikum semua. Semoga kita dirahmati oleh Allah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Semoga hari yang datang mendapatkan keberkatan dari-Nya.
Pagi tadi aku ada kelas f2f di kelas. Kelas bahasa Inggeris pulak tu. Subjek bahasa Inggeris adalah subjek yg paling aku tidak minat, kerana aku bukan pandai sangat pon subjek ni.
Setelah aku kira masa dalam perjalanan ke kelas aku boleh kira 25 minit termasuk sesat, tanya makcik, tanya pelajar praktikal, nasib baik tidak salah masuk kelas. Hahaha malu weh.. berkicap aku hari ni kelas weh.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat sebab pensyarah dan rakan baik. Boleh lah aku masuk dengan mereka. Pensyarah pon sempoi, tak kisah pon kami bad Inggeris. Semoga perkara ini berkekalan hingga akhir sem. Semoga aku diberi kefahaman untuk belajar.
Gambar ini saya ambil dari bilik kuliah saya. Blok putih yang tinggi itu adalah hostel kami. Jauhkan dari hostel ke bilik kuliah.
Jam 2.15 kami ada kelas OSHA. Bagi yang tidak tahu subjek OSHA adalah berkaitan dengan keselamatan, hak, kebajikan dan lain-lain yang berkaitan dengan tempat kerja.
Pensyarah kami juga ada cerita kat kami yang berkaitan dengan agama. Sumpah best jugak ah. Die cerita pasal rasuk, iman, ikhlas.
Beliau cerita pada kami adalah ikhlas sangat penting dan ikhlas jugak lah yang menyebabkan kebaikan akan datang. Apabila kita Ikhlas, insyaallah aura baik dan positif akan datang.
Tak perlu belajar jauh di Mesir pon, untuk belajar cara ubat orang kena rasuk. Tapi baca ayat Al-Quran kat air pon boleh mengubati. Sebenarnya air adalah perantaraan.
Mengikut kajian di Jepun, Ternyata air mendengar dan memahami kata dan doa kita. Kerana itulah kita sebagai umat Islam antara lainnya diajar membaca doa sebelum dan sesudah makan serta minum, malah ayat al-Quran dan doa juga dibacakan pada air dengan niat sebagai penawar mahupun penerang hati.
Kalau kita pandai baca bismillah pon boleh kat air untuk mengubati. Kuncinya adalah keikhlasan dalam membuat sesuatu kerja. Insyaallah dengan izin Allah.
Seterusnya, beliau juga ada berkata bahawa manusia adalah 'ketua' khalifah di muka bumi ini. Semuanya berlaku adalah dengan izin Allah. Manusia jugak adalah makhluk yang paling terbaik Allah ciptakan. So bersyukur lah kita.
Selain itu, beliau juga ada menasihati kami supaya rajin untuk berbekam dalam 1kali setahun. Bekas bagus untuk membuang darah-darah kotor, membuang angin dan sebagainya.
Balik dari kelas jam 5 aku dengan roommate berpakat pergi ke UTC Pasir Gudang. Kami nak beli barang keperluan bilik kami. Maklumat lah takut tak cukup. Hahaha
Kami pergi ke UTC naik grab, tapi balik naik teksi. Sebenarnya kami tertinggal bas. Hahaha. Penat weh kerja bas dengan pakai baju kurung.
Kalau anda perasan di tempat duduk belakang ada 4 orang wanita. Kami macam sardin disumbangkan. Hahaha. Yang belakang tu mereka malu². Kami balik naik teksi ye.
Kalau anda perasan gambar ini kepala kawan saya dah hilang. Mereka buat perkara sedemikian kerana kami nampak polis. Ye lah mana boleh penumpang lebih di belakang. Kan sekarang musim pkp kot. Kan kena saman pandan muka kami.
Aktiviti malam kami tengok AJL 35. Memula kami tengok kat cafe tapi sayangnya cafe tutup jam 10 malam. Pastu kami pergilah tengok AJL kat bilik. Tapi kadang kadang Line macam hawau. Hahaha.
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang belanja barang keperluan. Semoga mereka murah rezeki. Amin
Aku bahagia dan dipermudahkan segala adalah kerana ibu dan ayah yang mendoakan aku. Semoga Allah membalas jasa mereka. Doakan aku berjaya dan dapat membalas jasa mereka. Amin
Semuanya berlaku dengan izinnya.