Frasa di atas merupakan seruan dan anjuran
kepada umat islam untuk beristighfar. Ini kerana tidak ada satu pun yang boleh
dijadikan sandaran atau jaminan yang mampu menghapus dosa selain allah.
Dengan hanya
meyakini kebenaran ungkapan ini sudah merupakan penyebab terbesar mendapat
keampunan allah. Hal ini sebagaimana maksud firman allah terhadap tiga orang
yang meninggalkan perang:
“serta
mereka telah mengatahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) allah,
melainkan kepadanya sahaja. Kemdian allah menerima taubat mereka agar mereka
tetap dalam taubatnya”
(al-taubah[9]: 118)
Taubat mereka diterima kerana keyakinan
mereka, bahawa tidak ada tempat mengelakkan diri dari (seksaan) allah melainkan
kepadanya.
Dalam bab sebelumnya telah disingkap
hadith qudsi yang berbunyi: “orang yang mengetahiu bahawa aku (allah) mampu
untuk mengampuni dosa-dosa, maka aku akan mengampuninya. Akutidak memperdulikan
(dosa yang telah dilakukannya) selama dia tidak sedikit pun menyekutukan aku.”
Hadith yang lain menyatakan: “seorang
hambaku melakukan dosa, kemudian dia mengetahui bahawa dia mempunyai tuhan yang
mengampuni dosa dan menghapuskannya.” Dalam hadith yang lain disebutkan: aku
telah mengampuni dosa hambaku. Maka berbuatlah apa yang dikehendaki.” Sebagaimana
telah diulas sebelumnya hadith yang menyebut keampunan allah kepada hambanya disebabkan,
kamu tidak mengharapkan keampunan dari sesiapa selain aku.”
Nabi bersabda: “sesungguhnya tuhanmu
sangat kagum terhadap hambanya ketika berkata: “ya tuhanku, ampunilah dosaku.” Padalah
dia tidak ada yang mengampuni dosa selain (aku) .”allah (HR Ahmad dan Termizi)
Allah suka terhadap hambanya yang
mengenali, mencintai, takut, bertakwa, taat dan mendekatkan diri kepadanya. Selain
itu allah juga menyukai hambanya yang mengetahui bahawa tidak ada ssiapa yang
dapat mengampuni selaian dia. Jga, sesungguhnya dia mampu mengampuni segala
dosa yang telah dilakukan hambanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan