KONSEP DUNIA YANG HINA
dari penjelasan di atas, bukan bermakna islam memandang remehurusan duniawi atau memalingkan manusia dari unia. Pemahaman dangkal seperi ini mempunyai kesan negative, khususnya, bagi umat islam saat ini yang dianggap sebagai umat yang miskin danketinggalan. Namun, pemahaman yang semestinya itanamkan adalah, bahawa akhirat menurut pandangan islam adalah lebih baik dan lebih kekal daripada dunia. Bahawa beramal untuk “yang kekal” harus lebih banyak daripada beramal untuk “ yang fana`”. Bahawa amalan dunia harus disertai niat yang lulus, seperti menjahui segala yang dilarang, bersedekah atau membantu umat islam untuk menumpas serangan musuh-musuh islam di pelbagai sector kehidupan. Semua ini termasuk jenis amalan akhirat di mana perlakunya mendapat pahala, insya’ allah. Hal seperti ini ditegaskan allah..
“dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagianmu dari (kenikmatan) duniawi”
(al qassas (28):77)
Suatu hari ali bin abi talib mengunjungi ruah al ala bin ziyad. Ketika ali melihat rumahziya yng megah, dia berkata: “mengapa anda mendirikan rumah semegah ini di dunia, padalah anda lebih memerlukannya di akhirat di akhirat? Tetapi, jika ingin, anda boleh endapatkannya di akhirat. Jika anda menghormati tetamu, menyambung silaturrahim, dan meberikan hak orang lain dirumah ini, bererti andah telah mendapatkannya di akhirat.” Ertinya kesibukan anda dengan urusan akhirat dan mempersiapkan diri untuknya adalah lebih baik daripada kesibukan anda mendirikan rumah semegah ini. berbeza jika anda mempunyai niat baik, seperti digunakan untuk amal yang desebutkan di atas, maka usaha anda yang besungguh-sungguh menjadi amalan akhirat yang berpahala.
Seorang bertanya kepada abu sofwan al ru’ini, seorang ahli makrifat dan zuhud: “dunia seperti apa yang dikecam oleh allah dalam al qurqn dan seharusnya dijauhi oleh orang berakal?’’ dia enjawab: “ seluruh yang anda lakukan di dunia dan anda kehendaki untuk dunia, maka itu hina. Sedangkan seluruh yangpeloleh dari dunia, tetapi kehendaki untuk akhirat, maka tidak termasuk darinya.”
Sa’id bin jubair pernah berkata: “perhiasan yang menipu adalah yang melalaikanmu dari akhirat. Sedangkan apa yang tidak menghalangiu dari akhirat, bukan termasuk perhiasan yang menipu. Sebaliknya, itu adalah perhiasan yang akan menghantarkan pelakunya pada sesuatu yang lebih baik.’’
Sayyid quth mengatakan bahawa berlumba-lmba dalam urusan akhirat idak membahayakan urusan dunia, malah akan menyemarakkan dunia dan penghuninya. Beliau berkata: luar biasa! Berlumba-lumba dalam ursan akhirat bererti meningkatkan kualiti seluruh pemikiran pelakunya. Sementara persaingan dalam urusan dunia menurunkan kualiti mentel seseorang. Berusahalah dalam meraih nikmat akhirat akan mendamaikan, memakmurkan, dan mensucikan unia bagi semuanya. Sedangkan berusaha untuk dunia, perhiasan yang tidak kekal, akan menjadikan bumi sebagai lubuk dan habitat, di mana di dalamnya terdapat cacing-cacing saling memakan antara satu sama lain dan serangga menggigit kulit orang-orang baik tidak berdosa.
Berlumba meraih kenikmatan akhirat tidak akan menyebabkan bumi ini hancur dan gersang seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang menyimpan dari kebenaran, islam menjadikan dunia sebagai lading akhirat da mengatur kepimpinan di bumi berasakan kemakmuran, perdamaian, dan ketakwaan. Tugas seorang muslim sejati adalah mengarahkan kepimpinan (khalifah) di bumi kepada ketakwaan kepada allah. Menjadikan kepimpinan sebagai paksi ibadah untukmenegaskan tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini, sebagaimana telah ditetapkan allah dalam firman-nya
“dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaku”.
(az zariyat(51):56)
Ibnu rajab menjelaskan, bahawa kecaman alquran dan hadith kepada dunia tidak ditujukan pada waktu tertentu, samada siang mahupun malam. Ini kerana allah menjadikan waktu sebagai media bagi orang yang hendak berzikir dan bersyukur. Tidak pula ditentukan pada tempa, iaitu bumi, yang diciptakan oleh allah sebagi hamparan tempat tinggal. Tidak juga ditujukan pada segala yang terkandung di dalam bumi seperti laut, sungai, tumbuhan, dan sebagainya. Ini adalah kerana kesemuanya merupakan sebahagian daripada nikmat allah. Akan tetapi, kecaman tersebut di arahkan pada perbuatan manusia, kerana pada umumnya manusia melakukan tindakan tercela dan menzalimi semasa mereka di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan