Rabu, 28 Disember 2016

Bismillah…


Cikgu :  awak nak tak saya ceritakan satu cerita.
~Sambil berdiri di depat meja guru lalu pegang kertas soalan berwarna putih di tangan kanan~
Murid-murid : ooo ni mesti kene tepuk tangan pastu habis… kan cikgu
~Salah seorang murid menyampok ~
Cikgu : (geleng) tidak cerita ni best, nak dengar tak?
~Cikgu kami dalam keadaan bersungguh-sungguh~
Murid-murid : nak cikgu. cerita apa??
~Murid-murid memberikan sepenuh perhatian kepada guru kami. Kelas kami tiada satu pon bunyi melainkan bunyi kipas yang berputar dan suara cikgu kami yang nyaring~
Cikgu : ada sebuah kehidupan agak susah iaitu seorang anak dan seorang ayah. Kehidupan mereka tidaklah senang dan agak susah. Mereka berkerja sebagai potong kayu. Pada satu hari si anak cakap dekat ayah dia “ayah, ayah tidak penat ke? bila kita dapat rehat dari membuat kerja ?”. lalu si ayah menarik nafas panjang dan berkata “kita tidak akan pernah rehat sehingga kaki sebelah kita melangkah ke syurga.”
~Sambil bersandar di depan  meja guru~
Murid-murid : (terdiam)
~murid-murid fokus~
Cikgu : maksud kat sini kehidupan kita tidak akan pernah rehat. Contoh solat, mula-mula solat subuh,  lepastu zuhor  dan seterusnya.


P/s : perbualan antara kami iaitu tingkatan 3 Delima 2015 dan guru kelas kami yang mengajar matapelajara Bahasa ingeris Cikgu Nurul Salwa. Semoga kami diberi kejayaan dunia dan akhirat.

KITA TIDAK AKAN PERNAH BEREHAT SEHINGGA KAKI SEBELAH KITA MELANGKAH KE SYURGA.”

Teringat tahun 2015 semasa kami menghadiri kelas tambahan Bahasa inggeris. Dalam keadaan kami yang akan menduduki pt3, mungkin banyak tekanan yang menekan kami. Kami diwajibkan menghadiri kelas tambahan apabila cuti sekolah dan selepas tamat sesi persekolahan. Tapi itu bukanlah benda yang menyusahkan bagi kami kerana pada tahun yang sama kami ada peperiksaan besar.

Cikgu kami menceritakan kisah ini pada kami bertujuan untuk memberikan kami motivasi agar terus belajar dan mencari ilmu sehingga kami mencapai cita-cita kami akan datang. Dalam keadaan kami semua sedang mengeluh dan meminta masa beberapa minit untuk berehat menghilangkan segala kelengohan tangan dan otak kami yang sedang berfkir untuk berehat daripada guru kami. Lalu cikgu kami membuka cerita tentang kisah ini kepada kami. Walaupon suara cikgu kami amatlah perlahan tetapi apabila diberikan sepenuh tumpuan dan perhatian suara cikgu kami dapat kami dengari dengan jelas. Dan kami semua faham apa maksud yang ingin disampaikan oleh guru kami.

Semoga kisah ini akan membuat saya dan anda terus berkerja tanpa memikirkan rehat. Teringat saya akan seorang ulamak imam Gazali  pernah kata Bahawa “apabila melakukan ibadat maka lakukan seperti esok kamu akan mati dan itu ibadat terakhir kamu. Dan jika ingin berkerja maka lakukan seperti kamu ingin hidup seribu tahun akan datang. Teringat lagi akan satu kata-kata ustaz di redio, dia kata orang bijak dia akan fikir alam seterusnya. Contoh kita alam persekolahan, maka kita akan fikir alam di university dan dari itu kita akan belajar untuk masuk ke university. Kalau kita alam university kita akan fikir alam perkerjaan. Kalau kita alam perkerjaan maka kita akan fikir alam pencen. Kalau kita fikir alam pencen maka kita akan fikir alam mati.

~yaallah, bantulah kami yang kerdil ini. Cukup kan segala bagi kami. Bantulah kami dalam segala urusan dunia dan akhirat. Bantu kami dalam menjalani segala kehidupan seharian kami. Dekatkan kami dengan orang yang kau beri hidayah dan boleh membantu kami dalam urusanb agama kami~



Sabtu, 5 November 2016

Cerita 3/11

assalammualaikum,


tarikh ini adalah mungkin hari yang paling sedih..
semoga saya memperingati tarikh ini sampai bila..
mungkin saya tidak akan menceritakan kejadian yang berlaku
allah sahaja tahu perasaan ini.
sedih pada ketika itu, rasa macam nak nangis
tapi aku cauver
aku belakon aku biasa
aku belakon aku ok
aku belakon aku happy

tapi hakikatnya
yes, aku sedih
aku rasa macam nak nangis masa tu juga
aku nak kutuk die dengan kata kata pedas
aku rasa macam aku perlukan seseorang
untuk aku cerita padanya semua

kawan aku cakap
"jangan jadi munafik"
sabar..
kau berdakwah tapi kau mcm ni

macam tulah dia kata

semoga allah mengampunkan dosa-dosa saya
semoga allah memberi aku hidaya


" ya allah kuatkan hatiku, teguhkan imanku, jauhkan aku dari hasad dengki, dekatkan aku bersama dengan orang yang engkau beri pertunjuk"

Selasa, 25 Oktober 2016

Dari penulia


“wahai sekalian manusia,
Bertaqwalah kamu kepada tuhanmu,
Yang telah menciptakanmu
Dari diri yang satu
Dan daripadanya
Allah menciptakan isterinya,
Dan  daripada keduanya
Mengembang-biakkan
Lelaki dan perumpuan dan ramai.
Dan bertaqwalah kepada allah,
Yang telah kamu persoalkan
Antara satu sama lain
Dan hubungan siratul-rahim.
Sesungguhnya allah
Adalah sesuatu yang menjaga kamu.”


Daripada penulis

Allah…
Pemberi  cahaya langit dan bumi
 umpama cahaya allah,
bagaikan sebuah lubang tak tembus,
dalamnya ada pelita besar
pelita itu dalam kaca,
kaca itu…
bagai bintang bagai mutiara,
dinyalakan…
dari minyak pohon banyak berkah,
pohon zaituh yang bertumbuhan
tidak disebelah timur
tidak disbelah barat,
minyaknya sama hampir menerangi,
walaupun belum disentuh api.
Cahaya di atas cahaya…
Berlapis-lapis..
Allah membimbing kepada cahayaNya,
Siapa yang dia kehendaki,
Allah mengumpamakan untuk manusia,
Allah maha mengetahui segala sesuatu.

                                                         -an-nuur:35.

Khamis, 8 September 2016

Cinta

Bismillah

Hasil carian imej untuk cinta

Bila sebut perkataan CINTA mungkin semua akan terseyum. Senyum sebab apa??? ….. mungkin antara sebabnya teringat kenangan INDAH, semasa bersama dengan si dia. Mungkin teringat cerita lawak ke, teringat berdating ke… dan lain2. Tapi kan bro..kalau kawan buat lawak bodo belum tentu kita akan ketawa.. tapi bila kekasih buat lawak yang x berapa nak kelakar, aku rasa kau sebagai kekasih mesti kau akan ketawa… setuju…
Wow… Nampak x kehebatan CINTA itu. Tetiba teringat kata kata cikgu yang mengajar kami tahun lepas. Beliau guru kelas kami tahun lepas. Beliau penuh dengat aklak yang mulia. Cikgu kata “ suka itu fitrah. Tidak salah untuk awak suka seseorang, yang penting macam mana cara awak suka seseorang. Mungkin kalua awak putus cinta menangis x henti2, itu x boleh… lebih baik putuskan jelah.. sebab perjalanan awak masih jauh lagi” mungkin itu.
Bila kita jatuh cinta… semua akan jadi indah… tetiba teringat.. aku penah masatu  dia(aku suka kat dia) dia tegur aku, dia cerita macam2.. masatu aku kekol gila.. x tahu nak bebual apa. Bila tenguk mata dia.. ya allah dalam hati aku cakap kacak gila dia ni.. kalua boleh mata aku ni x bekelip tenguk  muka dia. Aku tenguk dia senyum pastu ketawa, begurau.. masa itu aku ni macam dilamun cinta.. lepas habis je bebual aku nak balik. Dalam pejalanan tu aku senyum sendiri macam orang gila, ketawa macam Pontianak. Dalm hati kata .. wahai allah kau tahu hati ini mula suka pada dia, jika dia baik untuk aku, maka jadikan untuk ku..  bila aku jumpa dia, mesti aku doa macam tu. Bagi aku kita hanya mampu merancang tapi allah yang menentukan. Dia tahu yang mungkin terbaik untuk kita sebagai manusia. Sebenarnya aku x berani nak jatuh cinta sepenuhnya pada dia. Sebab aku takut aku akan kecewa. Aku dok piker, mungkin nantu bila dah besar mesti aku dan dia tidak jumpa. Mungkin aku keje negeri  lain dia kejer negeri lain. Pastu aku jumpa dia, dia dah berbini.. sedih.. sebab itu aku x berharap pada cinta dia. Sebenarnya dia tahu yang  aku suka kat dia.

                                                                                                                                                              

Perasaan cinta itu pasti setiap orang memang ada.
Takda siapa pun diantara kita yang tiada deria rasa cinta itu…
Tapi depends on people,
Tenguk cara kita kawal perasaan cinta
Kita cintu manusia
Cinta kerana nafsu
Atau
Cinta kerana allah
Allah bagi kita hati supaya kita letakkan cinta
Allah dalam makhuknya lebih dalam itu.
Maka tuhan akan uji sampai terluka
“perasaan itu anugerah dari allah”
Cinta , sayang, benci, suka, kecewa dan lain2 merupakan anugerah yang allah bagi kepada yang betul2 merasai dan menjiwai, setiap perasaan yang allah pinjamkan moga2 x sia2 dan selalu dalam redhaNya.
Moga kita mencintai pemilik cinta itu
Sesunguhnya cintakan allah
Akan membuatmu bahagia

Dan merasa kemanisan cinta

Selasa, 6 September 2016

Belajar Menghargai

Hasil carian imej untuk menghargai


  •                     Iman selepas ibadah selepas kasih sayang
  •                                             Tanda kasih sayang : sikap merhargai
  •                    Tanda lemah iman : kurang merhargai
  •                                               Pakar cermelang :menghargai diri

·        Merhargai diri dulu


1.     Harga diri?    Penilayan seseorang terhadap diri sendiri untuk berjaya dunia akhirat.
2.     Tanda menghargai diri: Selesa dgn diri sendiri
3.     Punza Gagal dlm hidup : mementingkan pandangan orang lain terhadap diri sendiri.
4.     Harga diri renda : kelihatan seperti orang lain /nak dilihat orang lain.contoh kelulusan/ pangkat/kebesaran.
5.     Sifat negetif : x selesa dgn diri sendiri/ takut nak tenguk cermin/ x yakin dgn diri.
6.     hidup hilang kebahagian atau keyakinan
7.     percakapan diri negative : 90 % negative /x boleh/susah/ percakapan keluhan/ rumutan/. Org marah hati kecik.
8.     Orang gagal / bahasa tubuh negative/ suara 10 /into suara 10 / bahasa badan 70/  80 punca percerainan punca komunikasi/
9.     Mudah sangka buruk / tempat/ keadaan/ masa/ cuasa/


Ø Kita baik jumpa org baik
Ø Jumpa org x baik, tugas utk kita memperbaiki diri kita
Nk tinggi harga diri
1.     Asas adalah tinggkatkan  beriman kpd allah
2.     Cintai rasullah. Jadikan rasullah sebagai contoh.
3.     Jaga hukum hakam allah/ kemulian berdasarkan takwa/ 
4.     Tegakkan hukum allah dlm agama dan kehidupan

5.      cari ilmu dapat tinggi darjat                                                                                                                                                          



Selasa, 23 Ogos 2016

Menjadi Yang Terbaik

bismillah

assalammualaikum


Ada seorang perkerja yang berkerja sebagai pembuat rumah atau Pembina rumah. Dia sudah lama berhidmat dengan majikan sebagai seorang Pembina rumah. Dari mula dia membuat rumah hinggalah dia hampir-hampir pencin, setiap hasil kerja yang telah dia lakukan adalah sangat terbaik dan menarik. Majikannya sangat mengkagumi setiap kerja yang telah dilaksanakan. Sebelum perkerja ini pencin, majikan telah memberikan satu tanggungjawab kepada pekerja ini. Tanggungjawab ini adalah tugas terakhir daripada majikan sebelum dia meninggalkan perkerjaanya. Tugas tersebut adalah membuat satu rumah yang paling terbaik, tercantik dan menarik yang tidak pernah perkerja ini bina sebelum ini. Majikan ini memberikan satu tanah yang sangat luas, batu, kayu dan barangan untuk membuat rumah. Segala kos itu telah ditanggung oleh majikan tersebut. Perkerja itu memulakan tugas untuk membuat rumah. Perkerja itu membina rumah itu dengan biasa-biasa dalam erti kata lain ‘cukup-cukup makan’ atau ‘ala kadar. Pekerja ini meangap ini adalah kerja terakhir dia dan apabila dia membina sebuah rumah yang cantik, dia tetap juga akan pencin setelah siap rumah itu. Setelah siap segalanya, perkerja itu memberi tahu kepada majikan bahawa segala tugas itu telah dia laksanakan. Sebagai jasa yang telah dilakukan oleh pekerja itu, majikan itu telah memberikan satu perhargaan kepada perkerja itu. Perhargaan itu adalah rumah yang telah pekerja itu buat. Dia sangat menyesal kerana tidak membuat rumah itu yang terbaik kerana rumah yang dia buat adalah rumah dia sendiri.



Apa yang saya nak katakana



Apabila kita melakukan sesuatu perkerjaan, kita haruslah melakukan dengan terbaik

Apabila kita menjadi suri rumah, kita haruslah menjadi suri rumah yang terbaik seperti memasakan makanan paling sedap, basuh pakian dengan bersih dan kemas rumah dengan cantik.

Apabila kita menjadi pelajar, kita haruslah menjadi pelajar yang terbaik seperti menyiapkan segala tugasan yang telah diberi oleh pendidik dan haruslah mempunyai rasa hormat kepada pendidik.

Apabila kita menjadi seorang suami, kita haruslah menjadi seorang suami yang terbaik seperti membantu isteri dalam segala urusan dan membawa rezeki yang hahal ke dalam rumah.

Apabila kita menjadi seorang anak, kita haruslah menjadi anak yang terbaik kepada ibubapa seperti belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang soleh/solehah.

Apabila kita menjadi seorang hamba, kita haruslah menjadi seorang hamba yang terbaik seperti melaksanakan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganya.


Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang terbaik




Khamis, 18 Ogos 2016

Jodoh Dan Kematian

bismilllah

Hasil carian imej untuk jodoh itu rahsia allah

alhamdulillah dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan tanggungjawab di muka bumi ini dengan sempurna




saya ingin menceritakan satu cerita, mungkin cerita ini sudah lama, tetapi saya ingin menceritakan kisah ini dengan anda.

masih segar dalam ingatan, tidak akan sesekali pudar setiap detik kenangan bersama dengan seorang guru/ustaz/penceramah. cerita ini berlaku 2 tahun lalu. ketika musim cuti sekolah, mungkin anda semua berjalan, melancong ataupon balik kampong.tapi kampung saya disini tidak jauh dari rumah yang saya duduk, tidak jauh dari sekolah saya. mungkin makan masa selama 3 minit dari sekolah untuk balik ke kampung saya. pada musim cuti sekolah, saya menyertai satu program. alhamdulillah, cikgu saya memberikan kepercayaan kepada saya untuk saya menyertai program tersebut. syukur, dapat saya menambah ilmu dan pengetahuan ketika musim cuti. saya berpegang pada prisip belajar sampai akhir hayat.

ok, saya sambung, pelajar yang menyertai seramai 40 orang daripada sekolah yang berlainan. tempat belajar kami di sebelah masjid. selalu tempat tu di buat program ngaji ataupon selalutempat makan bagi orang masjid. kami disana selama 2 hari satu malam. perbagai permainan yg telah kami main.

bukan itu yang saya nak cerita. teringat saya, guru kami. die selitkan satu cerita dalam program itu. mungkin dia tenguk kami macam tidak bermaya. maklumlah tengah hari. waktu itu adalah waktu paling sesuai untuk kami tido. guru kami cerita tentang kisah dia dengan isteri dia. bermula.... guru kami menyertai progarm mengajar ngaji. dia menjadi guru ngaji di situ. dia mengajar budak dan orang orang tua. masa dia tengah membaca buku, ada seorang budak datang berlari kearah dia. budak itu menghulurkan sepucuk surat kepada dia. dia baru nak tanya soalan kat budaktu siapa yang bagi surat itu. tak sempat dia bertanya budak itu terus lari. guru kami tidak menceritakan apa isi yang telah ditulis dalam surat itu. macam filem melayu... hari ke-7 die mengajar ada seorang pakcik ni datang dekat dengan die. mungkin guru kami fikirkan pakcik tersebut ingin mengaji tatapi bukan, pakcktu berbual dengan guru kami macam-macam. pakcik tu menunjukkan satu gamba perumpuan. pakciktu kata perumpuan ini minat kat guru kami. memandangkan guru kami single, guru kami setuju dengan lamaran tersebut.

masa dia ceritakan itu, dia puji diri dia kacak sebabtu ade orang minat. aku cakap kat orang sebelah aku beruntung sapa jadi isteri dia kan... kalau aku hidup pada zaman tu, mungkin aku orang pertama yang akan melamar guru tu. lepastu orang sebelah aku senyum pandang aku. dia pegang tangan aku pastu dia kata kat telinga aku, insha allah mungkin awak punya lagi terbaik. aku punyalah toleh kiri, kanan depan belakang sebab nak cari siapa isteri die, rupa-rupanya orang sebelah aku tulah isteri die.. bengangggggggggg gile pada ketika itu aku. kalau di izinkan untuk isteri guru kami dibuka purda pada ketika itu, pasti dan aku yakin 100% muka isteri guru kami merah. isteri dia tunduk malu-malu. guru kami cerita, bukan dia yang melamar isteri dia tatapi isteri dia yang melamar dia untuk jadi suami dia.guru kami setujulah. dia tidak kenal pon isteri dia. tapi alhamdulillah dia bahagia bersama isteri dia.

tapi perjumpaan kami sekejap sahaja... 2 hari... baru baru ini, saya bertanya kepada kawan saya kabar tentang guru kami.. sahabat saya katakan bahawa isteri guru kami telah kembali keramatullah. isteri guru kami pergi ketika melahirkan anak sulong mereka. guru kami sekarang berada dengan anak meraka jauh dari tempat yang selalu mereka tinggal. kerana tidak sanggup mengingati kenangan bersama isteri tercinta.dia pindah negeri lain kalau tidak silap.rumah guru kami telah dijual kerana guru kami cuba untuk lupakannya.. swetttttt kan.. allah .. sedih ... allahu benarlah jodoh yang paling tepat adalah kematian.

satu lagi cerita, ini kisah aku. mungkin dia tahu yang aku sukakan dia. hmmm siapa yang dikatakan DIA. harap maaf, saya tidak akan memberi tahu melainkan terbuka hati saya untuk memberi tahu anda. buka apa, kerana disini ada  banyak CCTV yang memerhatikan setiap perbuat, kelakuan kita.
masa tu saya dapat tahu yang dia akan pergi jauh jauh dan jauh, saya cakap dengan die,


"weh nanti dah besar
dah kerja jangan lupa
 untuk masuk
meminag aku, 
aku tungggu kau"

munkin sebegini kata-kata aku yang keluar dari mulut ketika itu. bila imbas kembali kenangan itu, sungguh aku rasa sangat malu dengan kata kata itu. ini dikatakan bertindak sebelum berfikir. masa aku cakap dekat laki tu die senyum dan tuduk.. bile ingat balik tetiba malu tak sudah.


apa yang saya nak samapikan dalam cerita saya sebenarnya. itu persoalankan.

saya nak ingatkan pada para wanita bahawa... wahai wanita janganlah malu untuk melamar lelaki pilihanmu. jadikan sepertimana ibunda kita siti khadijah. beliau yang melamar nabi kita untuk menjadikan nabi kita sebagai seorang suami.

kedua apa yang saya ingin sampaikan adalah, jodoh yang paling tepat dan tetap untuk kita adalah kematian. tidak kira tua atau muda apabila waktu sudah tiba tuhan akan menjemput kita tiada lambat sesaat ataupon cepat sesaat.jadikan dunia ini persiapan untuk pada masa akan datang. siapkan dirimu dengan amalan amalan yang baik di dunia. wahai sahabat, jangan jadi bodoh, kita banyak telah ditipu oleh mainan duniawi. masa buang begitu sahaja. sedangkan kita tahu bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang orang beriman. wahai sahabat, kita pendosa tanpa nokta, itu benar. sebabtu allah sediakan satu pintu yang terbaik untuk kita sang pendosa iaitu pintu taubat. kebalilah pada allah, kerana keampunan allah sangat luas untuk hambanya. orang yang dah mati pon menyesal ingin kembali kedunia inginkan satu detik untuk beribadat kepada allah. satu detik sangat berharga bagi mereka yang menyesal.

Menghargai Tersayang Sebelum Dia Pergi

Bismilah
Asslammualaikum…

Alhamdulillah, bersyukur dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan kehidupan seharian..
Hasil carian imej untuk gamba kata merhargai



Allah, ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kita buka sahaja mata kita dapat menghirup udara segar.
Ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kita buka mata kita dapat melihat wajah tersayag ayah, ibu, anak-anak, adikberadik, suami, isteri.
Ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kit buka mata kita dapat bercakap, berjalan, melihat, makan.
Ucaplah alhamdullah, tanda kita bersyukur, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab

Allah memberikan hari yang mendatang agar dapat kita bertaubat atas dosa-dosa semalam.

Saya dengan rendah hati ingin menceritakan tentang sahabat saya, yang saya sayangi, yang saya cintai… allahhu tidak sanggup untuk saya menaip, air mata sering jatuh membasahi pakaianku apabila teringan akan kisah die(sahabat). Jujur saya katakan bahawa die wanita kuat, wanita yang tabah… allahhu

Tuhan tahu dia kuat, tabah. Allah hadirkan ujian utuk die agar die tahu allah maha penyayang. Benar, allah tidak akan membebani sesuatu perkara melainka kita mampu. Perancangan allah itu indah dan tepat. Munkin pada mulanya kita menangis tapi akhirnya kita akan tersenyum .

Ok, saya sambung, sahabat saya telah kehilangan seorang kakak yang paling die cintai 3 tahun lepas. Allah sedih. Banyak kenangan mereka bersama.selepas kehilangan kakak yang mereka cintai, die kehilangan ibu yang sangat die cintai. ibunya baru sahaja meninggal. Bapanya pula sedang berperang dengan penyakitnya. Saya menyeru pada yang sedang membaca ambil masa 1 minit untuk hadiakan alfatihah untuk aruah ibu dan kakak beliau agar bersama dengan orang orang beriman…

Mana mungkin seorang anak dapat melupakan setiap kenangan manis bersama ibunya. Mana mungkin seorang anak dapat melupakan setiap kepenatan yang dilalui oleh seorang ibu. Mungkin kita akan merindui setiap kenangan pahit muhupon manis bersama orang yang kita sayang. Adakanya kenangan pahit menjadi suatu kenangan indah apabila dikenang. Allahhu…sedih… tak sangup nak menulis lebih-bebih..


Wahai sahabat
Sadarkan cintamu pada yang Satu
Usah mengharap die kembali kepadamu.
Wahai sahabat,
Sungguh aku sayang padamu kerana allah.
Mungkin kita jarang berjumpa
Tapi
Setiap doaku
Setiap sujudku
Aku sentiasa mendoakan kebahagianmu
Aku percaya kau kuat
Ibumu dan kakakmu
Sedang menantimu dengan penuh senyuman
Di syurga.
Wahai sahabat,
Jadikan setiap ujian
Untuk kau semakin kuat dan
Dekat pada pencipta.
   


Apa yang saya nak katakana sebenarnya… wahai sahabat hargailah mereka disekelilingmu sebelum die pergi meninggalakan kita

Jumaat, 8 Julai 2016

Raya 2016

assalammualaikum..

Alhamdulillah. Allah masih mengizinkan lagi kita menghirup udara di aidilfitri. Bersyukur kerana disempatkan kita menikmati bulan ramadhan, moga amalan kebaikan kita di bulan mulia penuh barakah itu akan dapat di bawa ke bulan-bulan yang lain, insyaAllah.

Aku x pandai sangat nak menulis. Cuma nak uplud kt blog gamba kenangan raya keluarga aku..






selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Selasa, 24 Mei 2016

Di Bawah Runtuhan Imanku

Seperti malam-malam kemarin
Sepi dan terasing
Ilumunasi semalam
Masih mengintai dalam diam
Sejuk malam menggigit sejuta
Urat rapuhku
Terasa ranapnya sekeping hati

Di bawah runtuhan imanku
Terasa kejang dan beku
Segenap nafasku bercelaru
Seperti melangkah ke juram
Dengan hati yang kelam

Jumaat, 1 April 2016

Dua hari satu malam di camaron hailand

Bismillah
musim cuti sekolah adalah perkara paling seronok bagi anak anak, begitu juga dengan aku. Ayah aku membuat keputusan untuk bercuti di cameron hailand. Kami sekeluarga bertolak dari rumah dalam jam 9:00pm hari jumaat malam.






Alhamdulillah, pergi dan pulang dengan selamat. Maaf saya x pandai nak menceritakan sepanjang perjalanan saya ke sana.



Rabu, 3 Februari 2016

pengorbanan seorang guru terhadap anak muridnya, cerita aku


'' amy cikgu yakin awak boleh lulus math. 
cikgu dah doakan awak. awak boleh lulus. 
awak cuma ulangkaji je apa yang cikgu ajar. 
saya tahu awak boleh buat"

ini adalah kata kata cikgu aku pada aku. serius aku memang nangis bile cikgu tu cakap macam tu. dalam hati aku cakap boleh ke aku lulus subjek ni. tahun tu matapelajaran tu aku gagal. yang lulus cuma sekali. itu pon masa awal sekolah, tapi sebenarnya aku tiru. jahatkan aku. sebenarnya aku nangis sebab baru aku sedar bahawa ada orang yang baik hati doakan kita. aku risau je mase pt3 subjek tu aku gagal, aku takut kalau aku kecewakan harapan die. so start dari haritu aku belajar sungguh sungguh. aku belajar matapelajaran tu dari awal naik sekolah sampailah peperiksaan percubaan tapi markah aku teruk. sampaikan subjek lain aku abaikan utk subjek tu. 

masa ujian pertengahan tahun aku gagal math. markah aku 24 %(kalau x silap). hari rabu lepas rehat cikgu math aku datang panggil aku dengan yang gagal. kitaorang pegi bilik pbsm. dada aku dah berdebar tame tu. ada cikgu math kelas lain marah kitaorang sbb x jawab soaln ujian. masa cikgu math kls lain marah kitaorg, kebetualn mak aku lalu kat kelas tu. mak aku nampak aku. masa tu aku nak nangis tapi aku tahan je. aku takut mak aku tahu. mak aku memang keje sebagai staf kat sekolah. lepastu ada cikgu ketua panatia math datang. muka die memang nampak marah kat kitaorang. die marah kita orang, die kata kitaorg yang masuk sini bukan pelajar bodoh tapi malas, kita orang ada potensi untuk lulus tapi kitaorng jawab main-main, dalam kertas ujian tu banyak kitaorang tinggalkan tempat kosong. sebenarnya bukan aku malas nak jawab atau jawab main-main tapi masa memang x cukup. masa cikgu panatia cakap macam tu aku tiba-tiba je nangis. dahlah aku lupa nak bawa sapu tangan untuk lap air mata. aku nangis sebab aku takut mak aku tahu (tapi memg mak aku tahu dh pon, die npk aku kene marah) dan aku rase kecewa macam orang x faham aku. aku ni belajar math sampaikan aku abaikan subjek lain, tapi tetap gagal.

so aku yakin pada diri aku aku gagal math pt3. aku yakin sangat sangat. selesai tamatnya sesi pembelajaran, aku pegi satu makmal ni (tempat aku selalu lepak bile habis sekolah) aku buka pintu aku tengok muka mak aku. mak cakap " mi ko kene marah dengan cikgu eh?" aku terus nangis pastu aku menyarap muka aku aku tutup dengan tangan. aku ckap kat mak aku "mama lah ni x hantar org gi kelas tambahan, tengok orang dh gagal math pastu kene marah" mak aku ketawa tengok aku nangis. hati aku memang lembut gile. orang buat sikit aku nangis. mak aku cakap aku kn pegi kelas tambahan kat sekoalah, x payah lah nk belajar kt luar. akak aku cakap kalau pegi kelas tambahn kat luar belum tentu aku pandai. aku ni malas nak belajar. tame dapat soalan susah sikit terus mengeluh pastu tido.

esoknya cikgu math aku jumpa aku die cakap ;

cikgu : saya dengar awak nangis. betulke?
aku : (muka aku pandang tempat lain) a'ah
cikgu : (muka senyum) kenapa awak nangis?
aku : saya x suka bile dengar perkataan macam tu
cikgu : habistu kenapa x jawab soalan. 
aku : saya jawab soalan cuma masa je x cukup.
cikgu : (muka senyum) awak nak barapa jam. mana boleh lebih-lebihkan masa. kalau nak jumpa pihak atasan.
aku : ( diam muka marah)
cikgu : takpa nanti pt3 sebenar buat betul2 tau. mak awak tahu ?
aku : tahu saya balik je die cakap kat saya ko nangis eh
cikgu : (muka senyum) nanti saya cakap kat awak ye.

Nampak macam aku  biadap. Memang tu pon. Dendem kene marah x habis lagi.

petang tu aku kelas tambahan math. aku masuk kelas je cikgu tengok aku. tapi aku pandang lain. cikgu cakap "awak jangan nangis lagi tau" aku diam. petang tu die asyik tanya aku soalan math, bila aku dapat jawab soalan tu, die puji aku. aku tgk die terlalu fokuskan aku. 

kitaorang yang berpontensi untuk lulus x jawab soalan dan meninggalkan tempat kosong pada kertas, terpaksa kene buat ujian lagi sekali. soalan yang sama ujian percubaan. puan pengetua cabar kitaorang ni sapa yang lulus pt3 subjek math cikgu bagi perhargaan.

hari ahad tu sebelum pt3 cikgu math aku cakap kat kelas kitaorg sapa x faham jumpa kat pondok lepas balik. aku pon yang salah satu join groub tu. aku tenguk muka cikgu macam terlalalu penat. kawan aku cakap die x sihat sangat. kelasnya daripada kol 2:30 hingga kol 4:30. cikgu siap sediakan biskut untuk kitaorang. 

satu minggu sebelum pt3 cikgu aku buat kelas tambahan kat perpustakaan awan. sebab tame tu jerebu. die citer kat kita orang pasal satu benda (aku malas nak cerita). dari situ aku boleh dapat rasakan pengorbanan die terhadap kelas kami. masa rehat cikgu keluar cari makanan belikan untuk kitaorang nasi lemak mi goreng dan bawa air yassin 2 botol besar. die panggil semua murid makan kat luar. kita orang makan kat luar tepi longkang, cikgu pon ikut sama makan kat tepi longkang. aku sebelah cikgu tengah ambil makanan, tame tu die cakap ;

'' amy cikgu yakin awak boleh lulus math. 
cikgu dah doakan awak. awak boleh lulus. 
awak cuma ulangkaji je apa yang cikgu ajar. 
saya tahu awak boleh buat"

esoknya dah mula pt3. aku berdebar sangat-sangat. dalam hati aku x henti-henti berdoa  supaya aku dapat jawab math dengan tenang. dah sampai waktunya pengawas suruh kami buka soalan. aku baca bismillah dan buka. bile tenguk je kertas soalan tu aku senyum dan ketawa perlahan-lahan. soalan tu agak senang tapi aku x dapat jawab. kawan aku kata senang, aku pon cakap senang tapi aku lupa jalan kerja macam mana nak kira. lepas habis je aku ketawa sorang-sorang pastu nyani lagu 90an . kawan aku kata die tgk aku macam aku boleh dapat 'A' sebab menyani dan ketawa. masa aku naik tangga, aku jumpa cikgu math aku die pangil nama aku dari jauh. aku pegi ke tempat tu, dengan cikgu senyum die cakap ;

cikgu : awak jawab semua soalan x ?
aku : ada yang x jawab.
cikgu : senang x soalan 
aku : bolehlah 
cikgu : boleh x jawab?
aku : oklah boleh lah
petangtu kitaorng ada kelas tambahan bi  kat pondok yang sama. pondoktu sebelahje bilik guru. tame aku belajar dengan cikgu bi tiba-tiba cikgu math datang. tanya soalan sama lagi sekali. jawapan aku pon sama je macm tu. 

cikgu jumpa kitaorang sbb suruh pelajar kelas kita kumpul di kelas ada semakan markah, tapi cikgu x bagi kita org tgk markah kertasnya sbb takut kitaorg nangis macam kelas sebelah.die cakap die bersyukur sebab kitaorang semua meningkat gile-gile dan semua lulus. tapi cikgu kecewa sebab ada sorang pelajar kitaorang yang gagal. yang gagal tu memang selalu ponteng kelas dan tido dalam kelas. cikgu cakap aku lulus dan aku meningkat.

pada 2016 bulan 1 minggu ke 2 (kalau x silap) hari ahad kitaorg yang kene marah, sapa lulus pt3 subjek math dapat hadia daripada ketua panatia, puan pengetua dan cikgu math kita orang. sayalah antara yang sahut cabaran pengetua. kami mendapat hadia dan duit termasuklah cikgu yang mengajar kami. inilah hadianya;
(sebenarnya ni bukan hadianya. leptop ni buah hal sikit)

bile ingat balik kenangat tu, aku rasa rindu pada cikgu tu dan kalau boleh nak suruh die mengajar kami balik. terlalu banyak pengorbanan die pada kami. cikgu cuma nak kami berjaya dan die xnak bagi kitaorang bercampur dengan budak degil kelas akhir. allhamdullillah segala pengorbanan die telah dibalas dengan kejayaan kami sekelas. itupon dah buat die rasa bangga dengan kami.

Ya allah ampunkan dosa cikgu kami. Berikan cikgu kebahagian ketenangan dan kebaikan dunia dan akhirat. Berikan die taufieq dan hidayah.tempatkan die ke syurga.

Saya cikgu saua