Rabu, 28 Disember 2016

Bismillah…


Cikgu :  awak nak tak saya ceritakan satu cerita.
~Sambil berdiri di depat meja guru lalu pegang kertas soalan berwarna putih di tangan kanan~
Murid-murid : ooo ni mesti kene tepuk tangan pastu habis… kan cikgu
~Salah seorang murid menyampok ~
Cikgu : (geleng) tidak cerita ni best, nak dengar tak?
~Cikgu kami dalam keadaan bersungguh-sungguh~
Murid-murid : nak cikgu. cerita apa??
~Murid-murid memberikan sepenuh perhatian kepada guru kami. Kelas kami tiada satu pon bunyi melainkan bunyi kipas yang berputar dan suara cikgu kami yang nyaring~
Cikgu : ada sebuah kehidupan agak susah iaitu seorang anak dan seorang ayah. Kehidupan mereka tidaklah senang dan agak susah. Mereka berkerja sebagai potong kayu. Pada satu hari si anak cakap dekat ayah dia “ayah, ayah tidak penat ke? bila kita dapat rehat dari membuat kerja ?”. lalu si ayah menarik nafas panjang dan berkata “kita tidak akan pernah rehat sehingga kaki sebelah kita melangkah ke syurga.”
~Sambil bersandar di depan  meja guru~
Murid-murid : (terdiam)
~murid-murid fokus~
Cikgu : maksud kat sini kehidupan kita tidak akan pernah rehat. Contoh solat, mula-mula solat subuh,  lepastu zuhor  dan seterusnya.


P/s : perbualan antara kami iaitu tingkatan 3 Delima 2015 dan guru kelas kami yang mengajar matapelajara Bahasa ingeris Cikgu Nurul Salwa. Semoga kami diberi kejayaan dunia dan akhirat.

KITA TIDAK AKAN PERNAH BEREHAT SEHINGGA KAKI SEBELAH KITA MELANGKAH KE SYURGA.”

Teringat tahun 2015 semasa kami menghadiri kelas tambahan Bahasa inggeris. Dalam keadaan kami yang akan menduduki pt3, mungkin banyak tekanan yang menekan kami. Kami diwajibkan menghadiri kelas tambahan apabila cuti sekolah dan selepas tamat sesi persekolahan. Tapi itu bukanlah benda yang menyusahkan bagi kami kerana pada tahun yang sama kami ada peperiksaan besar.

Cikgu kami menceritakan kisah ini pada kami bertujuan untuk memberikan kami motivasi agar terus belajar dan mencari ilmu sehingga kami mencapai cita-cita kami akan datang. Dalam keadaan kami semua sedang mengeluh dan meminta masa beberapa minit untuk berehat menghilangkan segala kelengohan tangan dan otak kami yang sedang berfkir untuk berehat daripada guru kami. Lalu cikgu kami membuka cerita tentang kisah ini kepada kami. Walaupon suara cikgu kami amatlah perlahan tetapi apabila diberikan sepenuh tumpuan dan perhatian suara cikgu kami dapat kami dengari dengan jelas. Dan kami semua faham apa maksud yang ingin disampaikan oleh guru kami.

Semoga kisah ini akan membuat saya dan anda terus berkerja tanpa memikirkan rehat. Teringat saya akan seorang ulamak imam Gazali  pernah kata Bahawa “apabila melakukan ibadat maka lakukan seperti esok kamu akan mati dan itu ibadat terakhir kamu. Dan jika ingin berkerja maka lakukan seperti kamu ingin hidup seribu tahun akan datang. Teringat lagi akan satu kata-kata ustaz di redio, dia kata orang bijak dia akan fikir alam seterusnya. Contoh kita alam persekolahan, maka kita akan fikir alam di university dan dari itu kita akan belajar untuk masuk ke university. Kalau kita alam university kita akan fikir alam perkerjaan. Kalau kita alam perkerjaan maka kita akan fikir alam pencen. Kalau kita fikir alam pencen maka kita akan fikir alam mati.

~yaallah, bantulah kami yang kerdil ini. Cukup kan segala bagi kami. Bantulah kami dalam segala urusan dunia dan akhirat. Bantu kami dalam menjalani segala kehidupan seharian kami. Dekatkan kami dengan orang yang kau beri hidayah dan boleh membantu kami dalam urusanb agama kami~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan