Khamis, 18 Ogos 2016

Jodoh Dan Kematian

bismilllah

Hasil carian imej untuk jodoh itu rahsia allah

alhamdulillah dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan tanggungjawab di muka bumi ini dengan sempurna




saya ingin menceritakan satu cerita, mungkin cerita ini sudah lama, tetapi saya ingin menceritakan kisah ini dengan anda.

masih segar dalam ingatan, tidak akan sesekali pudar setiap detik kenangan bersama dengan seorang guru/ustaz/penceramah. cerita ini berlaku 2 tahun lalu. ketika musim cuti sekolah, mungkin anda semua berjalan, melancong ataupon balik kampong.tapi kampung saya disini tidak jauh dari rumah yang saya duduk, tidak jauh dari sekolah saya. mungkin makan masa selama 3 minit dari sekolah untuk balik ke kampung saya. pada musim cuti sekolah, saya menyertai satu program. alhamdulillah, cikgu saya memberikan kepercayaan kepada saya untuk saya menyertai program tersebut. syukur, dapat saya menambah ilmu dan pengetahuan ketika musim cuti. saya berpegang pada prisip belajar sampai akhir hayat.

ok, saya sambung, pelajar yang menyertai seramai 40 orang daripada sekolah yang berlainan. tempat belajar kami di sebelah masjid. selalu tempat tu di buat program ngaji ataupon selalutempat makan bagi orang masjid. kami disana selama 2 hari satu malam. perbagai permainan yg telah kami main.

bukan itu yang saya nak cerita. teringat saya, guru kami. die selitkan satu cerita dalam program itu. mungkin dia tenguk kami macam tidak bermaya. maklumlah tengah hari. waktu itu adalah waktu paling sesuai untuk kami tido. guru kami cerita tentang kisah dia dengan isteri dia. bermula.... guru kami menyertai progarm mengajar ngaji. dia menjadi guru ngaji di situ. dia mengajar budak dan orang orang tua. masa dia tengah membaca buku, ada seorang budak datang berlari kearah dia. budak itu menghulurkan sepucuk surat kepada dia. dia baru nak tanya soalan kat budaktu siapa yang bagi surat itu. tak sempat dia bertanya budak itu terus lari. guru kami tidak menceritakan apa isi yang telah ditulis dalam surat itu. macam filem melayu... hari ke-7 die mengajar ada seorang pakcik ni datang dekat dengan die. mungkin guru kami fikirkan pakcik tersebut ingin mengaji tatapi bukan, pakcktu berbual dengan guru kami macam-macam. pakcik tu menunjukkan satu gamba perumpuan. pakciktu kata perumpuan ini minat kat guru kami. memandangkan guru kami single, guru kami setuju dengan lamaran tersebut.

masa dia ceritakan itu, dia puji diri dia kacak sebabtu ade orang minat. aku cakap kat orang sebelah aku beruntung sapa jadi isteri dia kan... kalau aku hidup pada zaman tu, mungkin aku orang pertama yang akan melamar guru tu. lepastu orang sebelah aku senyum pandang aku. dia pegang tangan aku pastu dia kata kat telinga aku, insha allah mungkin awak punya lagi terbaik. aku punyalah toleh kiri, kanan depan belakang sebab nak cari siapa isteri die, rupa-rupanya orang sebelah aku tulah isteri die.. bengangggggggggg gile pada ketika itu aku. kalau di izinkan untuk isteri guru kami dibuka purda pada ketika itu, pasti dan aku yakin 100% muka isteri guru kami merah. isteri dia tunduk malu-malu. guru kami cerita, bukan dia yang melamar isteri dia tatapi isteri dia yang melamar dia untuk jadi suami dia.guru kami setujulah. dia tidak kenal pon isteri dia. tapi alhamdulillah dia bahagia bersama isteri dia.

tapi perjumpaan kami sekejap sahaja... 2 hari... baru baru ini, saya bertanya kepada kawan saya kabar tentang guru kami.. sahabat saya katakan bahawa isteri guru kami telah kembali keramatullah. isteri guru kami pergi ketika melahirkan anak sulong mereka. guru kami sekarang berada dengan anak meraka jauh dari tempat yang selalu mereka tinggal. kerana tidak sanggup mengingati kenangan bersama isteri tercinta.dia pindah negeri lain kalau tidak silap.rumah guru kami telah dijual kerana guru kami cuba untuk lupakannya.. swetttttt kan.. allah .. sedih ... allahu benarlah jodoh yang paling tepat adalah kematian.

satu lagi cerita, ini kisah aku. mungkin dia tahu yang aku sukakan dia. hmmm siapa yang dikatakan DIA. harap maaf, saya tidak akan memberi tahu melainkan terbuka hati saya untuk memberi tahu anda. buka apa, kerana disini ada  banyak CCTV yang memerhatikan setiap perbuat, kelakuan kita.
masa tu saya dapat tahu yang dia akan pergi jauh jauh dan jauh, saya cakap dengan die,


"weh nanti dah besar
dah kerja jangan lupa
 untuk masuk
meminag aku, 
aku tungggu kau"

munkin sebegini kata-kata aku yang keluar dari mulut ketika itu. bila imbas kembali kenangan itu, sungguh aku rasa sangat malu dengan kata kata itu. ini dikatakan bertindak sebelum berfikir. masa aku cakap dekat laki tu die senyum dan tuduk.. bile ingat balik tetiba malu tak sudah.


apa yang saya nak samapikan dalam cerita saya sebenarnya. itu persoalankan.

saya nak ingatkan pada para wanita bahawa... wahai wanita janganlah malu untuk melamar lelaki pilihanmu. jadikan sepertimana ibunda kita siti khadijah. beliau yang melamar nabi kita untuk menjadikan nabi kita sebagai seorang suami.

kedua apa yang saya ingin sampaikan adalah, jodoh yang paling tepat dan tetap untuk kita adalah kematian. tidak kira tua atau muda apabila waktu sudah tiba tuhan akan menjemput kita tiada lambat sesaat ataupon cepat sesaat.jadikan dunia ini persiapan untuk pada masa akan datang. siapkan dirimu dengan amalan amalan yang baik di dunia. wahai sahabat, jangan jadi bodoh, kita banyak telah ditipu oleh mainan duniawi. masa buang begitu sahaja. sedangkan kita tahu bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang orang beriman. wahai sahabat, kita pendosa tanpa nokta, itu benar. sebabtu allah sediakan satu pintu yang terbaik untuk kita sang pendosa iaitu pintu taubat. kebalilah pada allah, kerana keampunan allah sangat luas untuk hambanya. orang yang dah mati pon menyesal ingin kembali kedunia inginkan satu detik untuk beribadat kepada allah. satu detik sangat berharga bagi mereka yang menyesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan