Khamis, 18 Ogos 2016

Menghargai Tersayang Sebelum Dia Pergi

Bismilah
Asslammualaikum…

Alhamdulillah, bersyukur dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan kehidupan seharian..
Hasil carian imej untuk gamba kata merhargai



Allah, ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kita buka sahaja mata kita dapat menghirup udara segar.
Ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kita buka mata kita dapat melihat wajah tersayag ayah, ibu, anak-anak, adikberadik, suami, isteri.
Ucaplah alhamdulillah tanda kita bersyukur, kerana apabila kit buka mata kita dapat bercakap, berjalan, melihat, makan.
Ucaplah alhamdullah, tanda kita bersyukur, kerana kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab

Allah memberikan hari yang mendatang agar dapat kita bertaubat atas dosa-dosa semalam.

Saya dengan rendah hati ingin menceritakan tentang sahabat saya, yang saya sayangi, yang saya cintai… allahhu tidak sanggup untuk saya menaip, air mata sering jatuh membasahi pakaianku apabila teringan akan kisah die(sahabat). Jujur saya katakan bahawa die wanita kuat, wanita yang tabah… allahhu

Tuhan tahu dia kuat, tabah. Allah hadirkan ujian utuk die agar die tahu allah maha penyayang. Benar, allah tidak akan membebani sesuatu perkara melainka kita mampu. Perancangan allah itu indah dan tepat. Munkin pada mulanya kita menangis tapi akhirnya kita akan tersenyum .

Ok, saya sambung, sahabat saya telah kehilangan seorang kakak yang paling die cintai 3 tahun lepas. Allah sedih. Banyak kenangan mereka bersama.selepas kehilangan kakak yang mereka cintai, die kehilangan ibu yang sangat die cintai. ibunya baru sahaja meninggal. Bapanya pula sedang berperang dengan penyakitnya. Saya menyeru pada yang sedang membaca ambil masa 1 minit untuk hadiakan alfatihah untuk aruah ibu dan kakak beliau agar bersama dengan orang orang beriman…

Mana mungkin seorang anak dapat melupakan setiap kenangan manis bersama ibunya. Mana mungkin seorang anak dapat melupakan setiap kepenatan yang dilalui oleh seorang ibu. Mungkin kita akan merindui setiap kenangan pahit muhupon manis bersama orang yang kita sayang. Adakanya kenangan pahit menjadi suatu kenangan indah apabila dikenang. Allahhu…sedih… tak sangup nak menulis lebih-bebih..


Wahai sahabat
Sadarkan cintamu pada yang Satu
Usah mengharap die kembali kepadamu.
Wahai sahabat,
Sungguh aku sayang padamu kerana allah.
Mungkin kita jarang berjumpa
Tapi
Setiap doaku
Setiap sujudku
Aku sentiasa mendoakan kebahagianmu
Aku percaya kau kuat
Ibumu dan kakakmu
Sedang menantimu dengan penuh senyuman
Di syurga.
Wahai sahabat,
Jadikan setiap ujian
Untuk kau semakin kuat dan
Dekat pada pencipta.
   


Apa yang saya nak katakana sebenarnya… wahai sahabat hargailah mereka disekelilingmu sebelum die pergi meninggalakan kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan