Selasa, 23 Ogos 2016

Menjadi Yang Terbaik

bismillah

assalammualaikum


Ada seorang perkerja yang berkerja sebagai pembuat rumah atau Pembina rumah. Dia sudah lama berhidmat dengan majikan sebagai seorang Pembina rumah. Dari mula dia membuat rumah hinggalah dia hampir-hampir pencin, setiap hasil kerja yang telah dia lakukan adalah sangat terbaik dan menarik. Majikannya sangat mengkagumi setiap kerja yang telah dilaksanakan. Sebelum perkerja ini pencin, majikan telah memberikan satu tanggungjawab kepada pekerja ini. Tanggungjawab ini adalah tugas terakhir daripada majikan sebelum dia meninggalkan perkerjaanya. Tugas tersebut adalah membuat satu rumah yang paling terbaik, tercantik dan menarik yang tidak pernah perkerja ini bina sebelum ini. Majikan ini memberikan satu tanah yang sangat luas, batu, kayu dan barangan untuk membuat rumah. Segala kos itu telah ditanggung oleh majikan tersebut. Perkerja itu memulakan tugas untuk membuat rumah. Perkerja itu membina rumah itu dengan biasa-biasa dalam erti kata lain ‘cukup-cukup makan’ atau ‘ala kadar. Pekerja ini meangap ini adalah kerja terakhir dia dan apabila dia membina sebuah rumah yang cantik, dia tetap juga akan pencin setelah siap rumah itu. Setelah siap segalanya, perkerja itu memberi tahu kepada majikan bahawa segala tugas itu telah dia laksanakan. Sebagai jasa yang telah dilakukan oleh pekerja itu, majikan itu telah memberikan satu perhargaan kepada perkerja itu. Perhargaan itu adalah rumah yang telah pekerja itu buat. Dia sangat menyesal kerana tidak membuat rumah itu yang terbaik kerana rumah yang dia buat adalah rumah dia sendiri.



Apa yang saya nak katakana



Apabila kita melakukan sesuatu perkerjaan, kita haruslah melakukan dengan terbaik

Apabila kita menjadi suri rumah, kita haruslah menjadi suri rumah yang terbaik seperti memasakan makanan paling sedap, basuh pakian dengan bersih dan kemas rumah dengan cantik.

Apabila kita menjadi pelajar, kita haruslah menjadi pelajar yang terbaik seperti menyiapkan segala tugasan yang telah diberi oleh pendidik dan haruslah mempunyai rasa hormat kepada pendidik.

Apabila kita menjadi seorang suami, kita haruslah menjadi seorang suami yang terbaik seperti membantu isteri dalam segala urusan dan membawa rezeki yang hahal ke dalam rumah.

Apabila kita menjadi seorang anak, kita haruslah menjadi anak yang terbaik kepada ibubapa seperti belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang soleh/solehah.

Apabila kita menjadi seorang hamba, kita haruslah menjadi seorang hamba yang terbaik seperti melaksanakan segala kewajipan dan meninggalkan segala laranganya.


Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang terbaik




Tiada ulasan:

Catat Ulasan