
'' amy cikgu yakin awak boleh lulus math.
cikgu dah doakan awak. awak boleh lulus.
awak cuma ulangkaji je apa yang cikgu ajar.
saya tahu awak boleh buat"
ini adalah kata kata cikgu aku pada aku. serius aku memang nangis bile cikgu tu cakap macam tu. dalam hati aku cakap boleh ke aku lulus subjek ni. tahun tu matapelajaran tu aku gagal. yang lulus cuma sekali. itu pon masa awal sekolah, tapi sebenarnya aku tiru. jahatkan aku. sebenarnya aku nangis sebab baru aku sedar bahawa ada orang yang baik hati doakan kita. aku risau je mase pt3 subjek tu aku gagal, aku takut kalau aku kecewakan harapan die. so start dari haritu aku belajar sungguh sungguh. aku belajar matapelajaran tu dari awal naik sekolah sampailah peperiksaan percubaan tapi markah aku teruk. sampaikan subjek lain aku abaikan utk subjek tu.
masa ujian pertengahan tahun aku gagal math. markah aku 24 %(kalau x silap). hari rabu lepas rehat cikgu math aku datang panggil aku dengan yang gagal. kitaorang pegi bilik pbsm. dada aku dah berdebar tame tu. ada cikgu math kelas lain marah kitaorang sbb x jawab soaln ujian. masa cikgu math kls lain marah kitaorg, kebetualn mak aku lalu kat kelas tu. mak aku nampak aku. masa tu aku nak nangis tapi aku tahan je. aku takut mak aku tahu. mak aku memang keje sebagai staf kat sekolah. lepastu ada cikgu ketua panatia math datang. muka die memang nampak marah kat kitaorang. die marah kita orang, die kata kitaorg yang masuk sini bukan pelajar bodoh tapi malas, kita orang ada potensi untuk lulus tapi kitaorng jawab main-main, dalam kertas ujian tu banyak kitaorang tinggalkan tempat kosong. sebenarnya bukan aku malas nak jawab atau jawab main-main tapi masa memang x cukup. masa cikgu panatia cakap macam tu aku tiba-tiba je nangis. dahlah aku lupa nak bawa sapu tangan untuk lap air mata. aku nangis sebab aku takut mak aku tahu (tapi memg mak aku tahu dh pon, die npk aku kene marah) dan aku rase kecewa macam orang x faham aku. aku ni belajar math sampaikan aku abaikan subjek lain, tapi tetap gagal.
so aku yakin pada diri aku aku gagal math pt3. aku yakin sangat sangat. selesai tamatnya sesi pembelajaran, aku pegi satu makmal ni (tempat aku selalu lepak bile habis sekolah) aku buka pintu aku tengok muka mak aku. mak cakap " mi ko kene marah dengan cikgu eh?" aku terus nangis pastu aku menyarap muka aku aku tutup dengan tangan. aku ckap kat mak aku "mama lah ni x hantar org gi kelas tambahan, tengok orang dh gagal math pastu kene marah" mak aku ketawa tengok aku nangis. hati aku memang lembut gile. orang buat sikit aku nangis. mak aku cakap aku kn pegi kelas tambahan kat sekoalah, x payah lah nk belajar kt luar. akak aku cakap kalau pegi kelas tambahn kat luar belum tentu aku pandai. aku ni malas nak belajar. tame dapat soalan susah sikit terus mengeluh pastu tido.
esoknya cikgu math aku jumpa aku die cakap ;
cikgu : saya dengar awak nangis. betulke?
aku : (muka aku pandang tempat lain) a'ah
cikgu : (muka senyum) kenapa awak nangis?
aku : saya x suka bile dengar perkataan macam tu
cikgu : habistu kenapa x jawab soalan.
aku : saya jawab soalan cuma masa je x cukup.
cikgu : (muka senyum) awak nak barapa jam. mana boleh lebih-lebihkan masa. kalau nak jumpa pihak atasan.
aku : ( diam muka marah)
cikgu : takpa nanti pt3 sebenar buat betul2 tau. mak awak tahu ?
aku : tahu saya balik je die cakap kat saya ko nangis eh
cikgu : (muka senyum) nanti saya cakap kat awak ye.
Nampak macam aku biadap. Memang tu pon. Dendem kene marah x habis lagi.
Nampak macam aku biadap. Memang tu pon. Dendem kene marah x habis lagi.
petang tu aku kelas tambahan math. aku masuk kelas je cikgu tengok aku. tapi aku pandang lain. cikgu cakap "awak jangan nangis lagi tau" aku diam. petang tu die asyik tanya aku soalan math, bila aku dapat jawab soalan tu, die puji aku. aku tgk die terlalu fokuskan aku.
kitaorang yang berpontensi untuk lulus x jawab soalan dan meninggalkan tempat kosong pada kertas, terpaksa kene buat ujian lagi sekali. soalan yang sama ujian percubaan. puan pengetua cabar kitaorang ni sapa yang lulus pt3 subjek math cikgu bagi perhargaan.
hari ahad tu sebelum pt3 cikgu math aku cakap kat kelas kitaorg sapa x faham jumpa kat pondok lepas balik. aku pon yang salah satu join groub tu. aku tenguk muka cikgu macam terlalalu penat. kawan aku cakap die x sihat sangat. kelasnya daripada kol 2:30 hingga kol 4:30. cikgu siap sediakan biskut untuk kitaorang.
satu minggu sebelum pt3 cikgu aku buat kelas tambahan kat perpustakaan awan. sebab tame tu jerebu. die citer kat kita orang pasal satu benda (aku malas nak cerita). dari situ aku boleh dapat rasakan pengorbanan die terhadap kelas kami. masa rehat cikgu keluar cari makanan belikan untuk kitaorang nasi lemak mi goreng dan bawa air yassin 2 botol besar. die panggil semua murid makan kat luar. kita orang makan kat luar tepi longkang, cikgu pon ikut sama makan kat tepi longkang. aku sebelah cikgu tengah ambil makanan, tame tu die cakap ;
'' amy cikgu yakin awak boleh lulus math.
cikgu dah doakan awak. awak boleh lulus.
awak cuma ulangkaji je apa yang cikgu ajar.
saya tahu awak boleh buat"
esoknya dah mula pt3. aku berdebar sangat-sangat. dalam hati aku x henti-henti berdoa supaya aku dapat jawab math dengan tenang. dah sampai waktunya pengawas suruh kami buka soalan. aku baca bismillah dan buka. bile tenguk je kertas soalan tu aku senyum dan ketawa perlahan-lahan. soalan tu agak senang tapi aku x dapat jawab. kawan aku kata senang, aku pon cakap senang tapi aku lupa jalan kerja macam mana nak kira. lepas habis je aku ketawa sorang-sorang pastu nyani lagu 90an . kawan aku kata die tgk aku macam aku boleh dapat 'A' sebab menyani dan ketawa. masa aku naik tangga, aku jumpa cikgu math aku die pangil nama aku dari jauh. aku pegi ke tempat tu, dengan cikgu senyum die cakap ;
cikgu : awak jawab semua soalan x ?
aku : ada yang x jawab.
cikgu : senang x soalan
aku : bolehlah
cikgu : boleh x jawab?
aku : oklah boleh lah
petangtu kitaorng ada kelas tambahan bi kat pondok yang sama. pondoktu sebelahje bilik guru. tame aku belajar dengan cikgu bi tiba-tiba cikgu math datang. tanya soalan sama lagi sekali. jawapan aku pon sama je macm tu.
cikgu jumpa kitaorang sbb suruh pelajar kelas kita kumpul di kelas ada semakan markah, tapi cikgu x bagi kita org tgk markah kertasnya sbb takut kitaorg nangis macam kelas sebelah.die cakap die bersyukur sebab kitaorang semua meningkat gile-gile dan semua lulus. tapi cikgu kecewa sebab ada sorang pelajar kitaorang yang gagal. yang gagal tu memang selalu ponteng kelas dan tido dalam kelas. cikgu cakap aku lulus dan aku meningkat.
pada 2016 bulan 1 minggu ke 2 (kalau x silap) hari ahad kitaorg yang kene marah, sapa lulus pt3 subjek math dapat hadia daripada ketua panatia, puan pengetua dan cikgu math kita orang. sayalah antara yang sahut cabaran pengetua. kami mendapat hadia dan duit termasuklah cikgu yang mengajar kami. inilah hadianya;
(sebenarnya ni bukan hadianya. leptop ni buah hal sikit)
bile ingat balik kenangat tu, aku rasa rindu pada cikgu tu dan kalau boleh nak suruh die mengajar kami balik. terlalu banyak pengorbanan die pada kami. cikgu cuma nak kami berjaya dan die xnak bagi kitaorang bercampur dengan budak degil kelas akhir. allhamdullillah segala pengorbanan die telah dibalas dengan kejayaan kami sekelas. itupon dah buat die rasa bangga dengan kami.
Ya allah ampunkan dosa cikgu kami. Berikan cikgu kebahagian ketenangan dan kebaikan dunia dan akhirat. Berikan die taufieq dan hidayah.tempatkan die ke syurga.
Saya cikgu saua
Ya allah ampunkan dosa cikgu kami. Berikan cikgu kebahagian ketenangan dan kebaikan dunia dan akhirat. Berikan die taufieq dan hidayah.tempatkan die ke syurga.
Saya cikgu saua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan