Isnin, 28 Disember 2020

Tentang Syaitan

1. walaupun syaitan itu ghaib dan boleh keluar masuk tanpa dikesan namun dia juga akan masuk dan keluar melalui pintu-pintu. Jika jasad maksudnya pintu jasad. Rumah pintu rumah dan sebagainya. Mereka lebih alim dari segi ilmu.

2. Syaitan makanannya adalah zat. Dan sebarang zat yg ada dalam dunia ini akan boleh menjadi makanan nya. Lalu setiap makanan haruslah dibacakan nama Allah "Bismillah".

3. Syaitan ini juga turun takut terhadap perintah Allah namun ia benci terhadap Nabi Adam serta keluarganya iaitu kita. Setiap yg jadi adalah atas keinginan Allah terhadap sesuatu kejadian. Atas sebab itu ia mendatangi manusia berupa ujian. 


Dan sungguh kedua-duanya adalah makluk yg diciptakan untuk menyaksikan keAgungan dan keEsaan Allah. 

Isnin, 21 Disember 2020

SAH ATAU TIDAK NIKAH BEZA AGAMA

 





Nikah antara Perempuan Muslimah dengan Lelaki Kafir Musyrik atau Kafir Ahli Kitab
Allah ta'ala berfirman.



Maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka…surah Al- Mumtahanah,10.

Berdasarkan ayat ini dan dalil-dalil yang lain, kesepakatan para ulama (ijma') keharaman pernikahan antara seorang perempuan muslim dengan laki-laki kafir, baik musyrik maupun Ahli Kitab.

Orang yang menghalalkan versi pernikahan seperti ini berarti telah mendustakan al Qur'an dan Sunnah telah terkeluar dari Islam.

Murtad tu berlaku melalui perbuatan ,perkataan dn iktikad.

Allahuakbar.... dimanakah kewarasan fikiran dan akidah dimana kita boleh membezakan yang baik dan buruk mahupun halal dan haram....


Maka betulah umat islam terbahagi kepada 2 kelompok. Yang beriman begitu terserlah keimanan manakala yang munafik terserlah kemunafikan.

Di akhir zaman akan kembali seperti zaman jahilliah. Kelompok besar adalah kafir, munafik dan kelompok kecil adalah org yang beriman. Maka sejarah akan berulang.

Selasa, 10 November 2020

Tuhan Menguji Kita???

 



Dunia bukan tempat utk Allah sempurnakan segala hajat dan keinginan kita. Bahkan nabi-nabi dan aulia yg hampir dgn Allah pun ada keinginan mereka yg tidak di tunaikan oleh Allah.


Kalaulah Allah tunaikan segala keinginan manusia maka seolah-olah manusia ini yang berkuasa mengatur alam ini. Sedangkan Allah hendak menunjukkan Allah lah yg berkuasa ke atas seluruh makhluk nya. 


Terkadang-kadang Allah merentap kenikmatan yg Allah anugerahkan kepada manusia supaya manusia itu kembali kepada Allah.


Tapi manusia yg lalai dia terus mencari sebab kehilangan nikmatnya dan berusaha dgn berbagai cara sehingga dia semakin jauh dari Allah.


Org yg sedar dia akan kembali kepada Allah. Dunia adalah ujian. Orang yang berjaya ialah dalam apa-apa keadaan pun dia dapat mentaati Allah dan RasulNya.


Tertunai keinginan atau tidak bukan maksud. Maksud beramal dan berdoa kerana Allah.


Keberkatan dan kejayaan ada dalam perintah-perintah Allah dan cara nabi saw.

Sabtu, 7 November 2020

Hidup Kita

Bismilla

Assalamulaikum semua... Saya doakan kita semua diberikesihatan..

Saya nak buka cerita pasal kehidupan. .



 Hidup ni ada keluarga yg memahami cukup dah... Kalau membe2 tu x payah nak best friend till Jannah sangat cukup lah kau transparent universal je dengan semua Orang so ko lebih memahami mcm mana nak bergaul dengan manusia yg mcm2 ragam lagi2 dlm institusi bekerja...

 Didik hati tu biar hati kering dari nak sentap nak terasa nak makan hati macam terseksa beno hidup tu belajar memahami situasi org lain jgk... 

 Penting untuk didik hati yang tenang ye... Phm jgk zmn skrg yg paling terkesan bila stress membawak ke depresi kemurungan x pasal effect kesihatan mental.... So kurang2kan makan hati kelak merana diri huhu...

 That's why la xperlu rapat2 sgt dgn kwn2..buat biasa2 je..sbb one day nanti masing2 akan menjauh..samada terpaksa atau sengaja..and one more thing..Kang klu bergaduh or selisih faham lagi haru..mulut kata ok..tapi Hari jarang ikhlas..tp xla semua mcm tu..cuma kebanyakan..✌️

 Kalau tersangat betol apa yg dikata.. terasa tu ada.. tp lama2 buat dunno jer.. lama2 lupa terus... hahaa... buang jauh2 perasan yg xperlu diamik...hidup kita kita yg tentukan...kannn..kannn...

Sayangi siapa yg menyangi diri kita. Dan pedulikan siapa yg membenci diri kita. Hidup kita, so, semuanya pilihan diri kita. Just make your life simply.

 Relek brader brader relek. Tenang is good brader. Org usik kita, kita senyum je brader. Family first brader😉💪🏻

Selasa, 3 November 2020

Ketika Kita Sedang Marah

 SAAT Marah atau terasa hati dengan

Seseorang yang kita Sayang....Perkara pertama kita perlu lakukan adalah Diam dan jauh-kan Telefon dari Tangan...

.

Kenapa?

.

Kerana Bila Marah Sudah Menguasai hati Tangan akan menaip dan menulis perkataan yang kita tak sedar akan memakan diri kita kembali...Dalam kita tak sedar Ayat dan tulisan kita akan meluka-kan hati orang yang kita sayang....Atau lebih parah kita Mula bercerita pada tempat yang salah dan Syaitan memain-kan peranan untuk menghancur-kan sebuah perhubungan..Tangan dan Hati kita

Ber-gandingan selari Dengan Syaitan Maka keadaan akan makin merumit-kan....Dan tiada jalan penyelesaian malah akan makin kusut...

.

Hati memain-kan peranan yang cukup penting dalam diri seseorang kerana dari Hati-lah melambangkan keperibadi-an seseorang...kita selalu dengar sesetengah orang cakap Hanya mulut dan tulisan yang jahat dan nampak kesat tapi hati masih baik..Masih jujur dan ikhlas pada orang yang kita sayang Sebenar-Nya Tiada Istilah itu....Apa yang terkeluar dari mulut dan tulisan itu la mengambar-kan siapa diri-kita...

.

Kenapa?

.

Kerana Tangan dan Mulut di-kendalikan Oleh Hati...

.

Jadi sebelum ingin menulis dan bercakap Pikir dahulu buruk dan baik-Nya...kesan pada diri sendiri dan pada orang yang kita sayang...Tentang Maruah diri dan Maruah orang yang kita sayang....

.

Kerana kata-kata dan tulisan yang meluka-kan Ibarat Paku yang melekat di-dinding walau sudah di-cabut tetap meninggal-kan kesan dan bekas yang lama...

.

Selalu Ajar Dan Didik Hati kita...

.

Jangan menulis dan bercakap disaat Hati tengah terlalu hanyut dengan kegembira-an takut kita terlupa bagaimana ingin memaafkan bila terluka..

.

Jangan menulis dan bercakap ketika Hati tengah di-hantui rasa marah takut kita akan

menyesal dan kehilangan orang yang kita sayang kerana tulisan dan kata-kata kita...

.

Ketika marah menguasai Bertenang-lah...

Cari Ruang Untuk bersendiri..Jangan terlalu Menekan diri agar mampu terus keluar dari masalah dan tekanan..Jaga Lisan kita Dan Tulisan kita Agar tidak meluka-kan Hati orang yang kita Sayang...

.

Ada sebab kenapa Nabi s.a.w Pesan pada kita

kalau marah...Diam...

..

Nabi s.a.w tak nak kita luka-kan hati orang yang kita sayang...

.

Lidah dan Tulisan orang tengah marah ni setajam pisau....Jadi...BERSABARLAH...

Jumaat, 30 Oktober 2020

 Jangan bunuh jiwa ketika di Usia 20-30 tahun,”Entering The Adult World Crisis” adalah perkara normal di dalam peringkat kehidupan.

.

“Seronoknya jadi orang dewasa,nak beli apa semua dapat.Kerja tiap bulan dapat duit banyak,tak payah nak belajar macam dekat sekolah”.


Ketika di zaman sekolah,kita sering menganggap bahawa kehidupan sebagai orang dewasa adalah sesuatu yang menyeronokkan.


Tetapi apabila tamat zaman persekolahan dan tiba fasa awal dewasa sekitar umur 17 tahun,kita mula bingung dengan hala tuju hidup,


Sehingga satu tahap kita menganggap fasa ini sebagai satu fasa tekanan apabila kita perlu berjuang dengan diri sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Pernah tak anda rasa anda sudah rancang hidup anda dengan teliti,tetapi ianya tidak berjalan dengan baik.


Pernah tak anda rasa anda berasa sedikit tercabar apabila melihat satu persatu rakan anda sudah mula mengorak langkah mereka ke depan.


Pernah tak anda rasa anda berjaya capai sesuatu di dalam hidup.tetapi anda masih tidak berpuas hati.


Pernah tak anda rasa anda masih keliru dengan perjalanan hidup anda,rasa seperti terumbang ambing dipukul ombak.


Jangan risau,perkara ini adalah tanda anda sedang menghadapi “Entering The Adult World Crisis”.Ianya adalah normal,tetapi perlu dikawal!


Kenapa perlu dikawal,


Jawapannya mudah,untuk mengelakkan jiwa anda daripada mati atau lenyap terus.


Tidak kira lah sama ada jiwa anda dibunuh oleh diri anda sendiri ataupun dibunuh oleh orang lain.


Menurut teori perkembangan Levinson (1978),


Umur sekitar 17-22 tahun dianggap sebagai fasa “Early adult transition”,


Di fasa ini,ianya melibatkan keputusan seaeorang individu mengenai tahap pendidikan mereka,kerjaya,dan keputusan untuk hidup berdikari secara sendiri.


Apabila umur mencecah 22-28 tahun,fasa ini dikenali sebagai “Entering the adult world”,


Ketika di fasa ini,seseorang individu akan berdepan dengan pelbagai keputusan kritikal di dalam hidup,


Contohnya seperti mencari pasangan hidup,mencari matlamat hidup,mencari pekerjaan yang stabil.


Tetapi apabila umur memasuki 28-33 tahun,seseorang individu akan menjadi lebih tenang dan mula membuat penyesuaian dengan keadaan ini,


“Apa nak jadi,jadi jelah.Aku follow the flow je”.


Pada fasa 28-33 tahun,seseorang individu akan cuba menjadi diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh gaya kehidupan orang lain.


Jiwa mereka menjadi semakin tenang,mental mereka semakin stabil.Mereka anggap hidup setiap orang ada jalan yang tersendiri.


Bagaimana nak jaga jiwa daripada “terbunuh” ketika fasa “Entering The Adult World Life crisis”,


Pertama,percaya bahawa fasa ini adalah normal dan bakal dihadapi oleh setiap orang.


Kedua,perlu tetapkan mindset yang positif.Jika perancangan kita tidak berjalan dengan baik,anggap sahaja ia bukan rezeki kita,mulakan dengan plan B sehinggan plan Z.


Ketiga,jangan tergopoh-gopoh untuk berlawan gaya hidup apabila kita melihat orang lain mula selangkah ke depan.


Kita berusaha ikut cara kita,yang penting kita juga akan sampai ke tahap yang kita inginkan,pelan-pelan kayuh.


Keempat,belajar daripada kedua ibu bapa kita.Mereka lebih banyak pengalaman daripada kita,


Bersembang dengan mereka dan kutip pengalaman mereka.Tidak perlu tiru 100%,cuba baiki apa yang patut.Haa


Kita adalah penentu kehidupan kita,jika kita ingin meletakkan tekanan sehingga membunuh jiwa kita,


Jadi bersiap sedia lah jika kesihatan mental kita terjejas.Silap haribulan,tanpa kita sedar kita ada simptom “depression”.


Tenang sahaja di dalam hidup,tidak perlu tergopoh-gapah,yang penting usaha dahulu.


Tuhan dah susun perjalanan hidup kita cantik-cantik,


Ingat,tuhan tidak akan uji kita melebihi tahap iman kita.


Begitulah kehidupan,manis atau pahit.Ianya perlu diteruskan.


Teuskan usaha,jangan terus rebah ke bumi.


Follow dan set see first saya untuk tips asas kewangan,psikologi dan motivasi santai.


-Aidil Adha-

Isnin, 28 September 2020

Depresi : Akibat Dari Otak Dan Hati (perasaan)

 Selalu orang suka judge orang yang tengah depression ni “lemah iman” atau “jauh dari Tuhan”. Lalu mereka kata pergi lah baca Quran untuk tenangkan hati.

.

Sebelum itu, kita kene lah faham depression ini ada dua jenis. Yang pertama adalah kesedihan dan beremosi. Ini kebiasaan semua manusia akan alami apabila menghadapi peristiwa yang menyedihkan seperti kehilangan orang kesayangan dsb.

.

Yang kedua ini pula ramai orang salah faham. Iatu merupakan mental illness. Ada macam2 jenis. Ada namanya major depressive disorder, postpartum depression, postpartum pschosis dll.

.

Masalah orang kita, kita anggap dua-dua jenis ini sama. Sedangkan yang kedua itu adalah satu penyakit tapi kita tak nampak. Betul - Quran,  zikir dan solat adalah pengubat hati yang bersedih. Tapi ini untuk depression yang pertama. Kedua itu pula, ia sebagai pembantu/penyokong tetapi dia tetap perlu jumpa dengan pakar untuk mengubat sakit.

.

Seperti mana orang sakit fizikal macam demam. Atau sakit kepala. Kita suruh dia jumpa Doctor untuk cari ubat. Tuhan juga suruh kita usaha cari ubat. (Yang mengubat tetap Tuhan. Bukan ubat atau Doctor. Ia hanya sebagai medium/wasilah shj)

.

Ini seperti mana dalam hadis, ada Sahabat yang taknak ikat binatang tunggangannya sbb dia tawakal kpd Allah. Lalu Nabi ﷺ tegur, ikat lah dulu selepas itu baru tawakal. Maksud di sini, kita perlu ada ikhtiar baru kita berserah kepada kuasa Nya. Kalau sakit, kene cari ubatnya.

.

Ada beberapa benda yang kita tak boleh ckp dekat orang depression ini. Antaranya jangan cakap “Bersabarlah.” Kita seolah judge dia yang tidak ada kesabaran. Ia tak mudah. Apa yang kita patut buat adalah membawa dia kepada pakar psikologi. Jangan juga cakap “kuatkan iman kau”. Itu juga kita judge dia iman dia lemah.

.

Ubah dengan berkata, “Kau dalam kesakitan. Kau perlu jumpa pakar supaya boleh membantu dan merawat kamu.”

.

 Credit : @mustaqim.jiwa - Instagram

Khamis, 20 Ogos 2020

If We Have Each Other - "Alec Benjamin"

 


She was 19 with a baby on the way
On the East-side of the city, she was working every day
Cleaning dishes in the evening, she could barely stay awake
She was clinging to the feeling that her luck was gonna change
And, 'cross town she'd take the bus at night to a one bedroom apartment
And when she'd turn on the light
She would sit down at the table
Tell herself that it's alright
She was waiting on the day she hoped the baby would arrive
She'd never be alone
Have someone to hold
And when nights were cold, she'd say

The world's not perfect but it's not that bad
If we got each other and that's all we have
I will be your mother and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you
When the world's not perfect
When the world's not kind
If we have each other then we'll both be fine
I will be your mother and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you

They were 90 and were living out their days on the west side of the city next to where they got engaged
They had pictures on the walls of all the memories that they'd made
And though life was never easy they were thankful that they stayed
With each other and though sometimes were hard
Even when she made him angry he would never break her heart
No they didn't have the money to afford a fancy car
But they never had to travel 'cause they'd never be apart
Even at the end, their love was stronger than the day that they first met
They'd say

The world's not perfect but it's not that bad
If we got each other and that's all we have
I will be your lover and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you
When the world's not perfect
When the world's not kind
If we have each other then we'll both be fine
I will be your lover and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you

You should know I'll be there for you

I'm 23 and my folks are getting old
I know they don't have forever and I'm scared to be alone
So I'm thankful for my sister even though sometimes we fight
When high school wasn't easy, she's the reason I survived
I know she'd never leave me
And I hate to see her cry
So I wrote this verse to tell her that I'm always by her side
I wrote this verse to tell her that I'm always by her side
I wrote this verse to tell her that

The world's not perfect but it's not that bad
If we got each other and that's all we have
I will be your brother and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you
When the world's not perfect
When the world's not kind
If we have each other then we'll both be fine
I will be your brother and I'll hold your hand
You should know I'll be there for you

You should know I'll be there for you

Jumaat, 26 Jun 2020

PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH

PERKARA BID’AH TERHADAP JENAZAH (YANG SERING DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELAYU).

PENULIS: Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri (Menteri Hal Ehwal Agama)

1. Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.

2. MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

3. MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]”

4. Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan dan menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang dan menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda s.a.w. bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maksudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, dan di antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim dan menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput dan yang makan kenduri tersebut.

5. Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh tiga hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.

SUMBER: Datuk Dr. Zulkifili Mohamad al-Bakri, al-Fiqh al-Manhaji: ‘Ibadat Dalam Fiqh al-Syafi’i, Bab Mengiringi Jenazah (Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah), muka surat 477-480.

Khamis, 28 Mei 2020

SEBAB PERLU BANGUN SAHUR

Bismillah


1.Sunnah Nabi

Setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W hendaklah menjadi ikutan kita dalam apa sahaja yang kita lakukan dalam hidup ini. Kita hendaklah mengamalkan sunnah Baginda seperti cara Baginda berpakaian, cara hidup Baginda, cara  Baginda melakukan ibadah, dan banyak lagi. Jika kita dapat menjadikan sunnah Baginda sebagai amalan hidup kita maka ganjaran pahala yang besar akan kita perolehi.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Bersahur itu adalah satu sunnah yang hendaklah kita amalkan pada bulan Ramadhan ini.  Rasulullah juga bersahur dan mengajak umatnya supaya bersahur. Jika kita dapat bersahur bermakna kita telah mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Baginda kepada kita.

2) Mendapat Keberkatan Sahur

Bersahur itu mempunyai keberkatan. Kita hendaklah berusaha untuk bersahur bagi mendapatkan keberkatan yang ada dalam sahur itu. Apa sahaja amalan yang kita lakukan hendaklah ada padanya keberkatan. Apabila sahur yang kita ambil itu ada keberkatan, ia akan dapat memberikan kekuatan kepada diri kita untuk terus melakukan ibadah kepada Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.”

Kita perlulah berusaha untuk bersahur bagi mendapatkan keberkatan yang ada dalam sahur itu walaupun bersahur dengan hanya meminum air. Jika tidak bersahur, ianya adalah merugikan kita kerana tidak dapat mengambil keberkatan yang ada dalam sahur itu.

3) Membezakan Puasa Orang Islam

Ibadah puasa yang kita lakukan pada bulan ramadhan ini adalah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah. Kita perlulah berusaha melakukan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Ibadah puasa juga telah diperintahkan oleh Allah kepada umat-umat yang terdahulu sebelum kedatangan islam. Ini bermakna orang bukan islam(yahudi dan nasrani) mereka juga berpuasa. Tapi apa yang membezakan di antara puasa orang islam dengan orang bukan islam ialah dengan adanya sahur.

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahli kitab(yahudi dan nasrani) ialah pada makan sahurnya.”

Dengan bersahur kita telah menunjukkan perbezaan diantara amalan puasa kita orang islam dengan orang bukan islam. Orang bukan islam tidak menjadikan sahur itu sebagai amalan mereka.

4. Melatih Diri Bangun Beribadah

Sebenarnya bersahur mempunyai banyak hikmahnya kepada kita. Jika kita dapat melihat hikmah dianjurkan untuk bangun bersahur pada akhir malam adalah kerana ia dapat melatih diri kita untuk  bangun melakukan ibadah Qiamullai. Kita boleh melakukan ibadah Qiamullai seperti solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, solat sunat witir, dan solat-solat sunat lain. Ibadah Qiamullai ini dilakukan pada akhir malam untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Pada masa ini tiada siapa yang melihat kita bangun beribadah kepada Allah. Ianya di antara kita dengan Allah. Ianya menunjukkan keikhlasan dan ketakwaan kita kepadaNya. Jika kita bangun pada akhir malam untuk bersahur, kita juga telah dapat melatih diri kita untuk bangun beribadah dan menambahkan pahala ibadah Qiamullai sepanjang bulan Ramadhan ini.

5. Menambahkan Pahala Amalan Sunat

Pada bulan Ramadhan ini kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca Al Quran, berzikir, berselawat, beristighfar dan amalan-amalan sunat yang lain. Waktu yang paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah pada waktu akhir malam. Pada waktu ini adalah waktu yang sangat baik kerana dapat memberikan ketenangan kepada hamba-hamba yang sentiasa menyebut nama Allah dan mendekatkan diri kepadaNya.

Pada bulan Ramadhan ini kita akan sentiasa bangun sahur serta dapat menambahkan lagi pahala amal ibadah sunat yang lain. Bulan Ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk kita melatih diri kita menambahkan pahala amal ibadah sunat dan seterusnya ia akan dapat diteruskan pada bulan-bulan yang lain.

6. Dapat Solat Subuh Di Awal Waktu

Kita sangat digalakkan untuk melewat-lewatkan sahur itu pada akhir malam. Kita hendaklah melewatkan waktu sahur itu sebelum masuknya waktu subuh. Selepas bersahur kita bolehlah terus bersedia untuk menunaikan solat fardhu subuh pula. Apabila telah masuknya waktu subuh, maka kita boleh terus menunaikan solat fardhu subuh di awal waktunya.

Begitulah cantiknya islam dalam mengatur dan memudahkan kita melakukan ibadah. Sahur yang kita lakukan  pada akhir malam itu telah dapat memberi kita kekuatan untuk menunaikan ibadah solat subuh pada awal waktunya. Setiap ibadah yang kita lakukan dengan penuh keimanan dan ketakwaan akan diberikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah.

7. Memberikan Tenaga Untuk Berpuasa

Kelebihan bersahur adalah ia dapat memberikan kita tenaga dan kekuatan untuk kita terus melakukan ibadah puasa disiang harinya. Ia juga akan dapat memberikan kekuatan kepada kita untuk terus menambahkan amal ibadah yang lain dibulan Ramadhan ini. Berpuasa bukan alasan untuk kita menjadi lemah dan tidak berupaya untuk menambahkan amal ibadah kepada Allah.

Tidak perlu mengambil makanan yang terlalu banyak semasa bersahur. Bersahur dengan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit lebih baik untuk memberikan kita tenaga. Berbanding dengan mengambil makanan yang terlalu banyak hingga terlalu kenyang dan  boleh menyebabkan kita menjadi malas untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Adalah perkara biasa jika kita memberi alasan tidak bangun bersahur kerana tidak terjaga pada malam harinya. Tapi semua itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita berusaha dan menguatkan diri kita untuk bangun bersahur. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita bangun sahur seperti tidur awal, kunci jam, menyuruh ahli keluarga kejut dan banyak lagi. Sebelum tidur, baca doa dan niatkan dalam hati kita untuk bangun sahur pada malam nantinya. InsyaAllah, kita akan diberikan kekuatan oleh Allah untuk bangun sahur.

Bersahur juga dapat memberikan kita semangat untuk berpuasa pada bulan Ramadhan ini. Perasaannya berbeza jika kita berada pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Bersyukur kita atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Selamat bersahur dan selamat menunaikan ibadah berpuasa.

Rabu, 20 Mei 2020

APA ITU AUTISME?




Secara ringkasnya, gangguan pada perkembangan dan fungsi otak.
BUKAN terencat akal.
Biasa dikesan sekitar umur 2-3 tahun.
Sekarang, sudah boleh dikesan seawal usia setahun-2 tahun.
Kebanyakan hanya mula 'nampak' simptom autisme pada anak-anak sekitar umur 4-6 tahun (bila anak mula masuk sekolah).

Ciri-ciri Autisme?

(pada bayi dan kanak-kanak)
Tak respon bila dipanggil nama. Tidak menoleh.
Tiada eye contact (tidak pandang ke mata bila berkomunikasi).
Sangat obses atau terlalu attach pada sesuatu (biasanya objek).
Lambat bercakap (speech delay).
Suka atur objek/mainan secara selari (horizontal).
Suka/selesa dengan rutin/perkara yang sama.
Kurang selesa/rasa tak selamat dengan sebarang perubahan.
(terutama yang mengejut/mendadak)
Tak suka bersosial, lebih suka menyendiri, seperti dalam dunia sendiri.

Insan Autisme ada masalah sensori.
Sensori? Apa tu?
Contoh, masalah dengan imbangan (balance),
sentuhan, bunyi, cahaya, ataupun bau.
Organ sensori (mata, telinga, kulit, hidung, lidah) terlalu sensitif (hiper)
atau TAK sensitif langsung (hipo).
Mood yang tak menentu.
Kadang-kadang menangis atau ketawa tanpa sebab yang jelas.
Mood juga boleh bertukar sekelip mata.
Skizofrenia? Gila? Sakit mental? BUKAN.

Autisme = Tantrum
Masalah mengawal emosi.
Bila 'marah', ekspresinya kadangkala 'melampau'.

Autisme ada spektrum.
Apa tu?
Aras yang menunjukkan samada ianya autisme 'kronik' (severe autism)
atau
autisme 'ringan' (mild autism).
Apa beza mild dan severe?
Individu yang punya bilangan ciri-ciri minima dikatakan sebagai mild autistic.
Individu yang ada banyak atau hampir kesemua ciri-ciri autisme adalah severe autistic.

Yang disebut di atas, adalah ciri-ciri AM seorang autistik.
Setiap individu autisme berbeza-beza.
Ada yang bercakap seperti individu normal
TAPI
sangat sensitif pada cahaya atau bunyi yang kuat.
Ada yang bercakap hanya sepatah dua,
ada yang tak bercakap langsung (tapi bukan bisu).
Ada yang lincah (hiper), ada yang senyap dan pasif.
Ada yang agak emosi, ada yang sentiasa happy.
Ada yang suka dan berbakat melukis, ada yang tidak.
Ada yang sering diserang sawan (fit), ada yang tidak.

Kebanyakan mereka nampak 'blur' tapi bukan bermakna tiada perasaan.
Mereka umpamanya berada dalam 'bilik kaca'.
Mereka 'feel' macam kita tapi mereka tidak tahu dan tidak boleh meluahkan/menyampaikan


Selasa, 24 Mac 2020

Double Dark Choc Muffin

BAHAN A
Gula perang  - 200 gm
Telur  - 2 biji
Susu full cream  - ³/⁴ cawan

BAHAN B
Tepung gandum  - 220 gm
Serbuk koko  20 gm
Black koko - 10 gm
Baking powder - 1tsp
Soda bikarbonat  - 1tsp

BAHAN C
Butter ( cairkan ) -  120gm


Caranya:

1. Bahan A disatukan dan pukul hingga kembang.
2. Bahan B ayak semua sekali dan satukan.
3. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan pukul hingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan butter cair kedalam adunan tadi. Pukul sebati
5. Tuang dalam acuan muffin.
6. Taburkan Choc chips.
7. Bakar suhu 160'c selama 15-20 minit. Suhu dan masa bergantung pada oven.




Selasa, 25 Februari 2020

Bila Kerja Pon Ala Kadar

Assalamualaikum..


Selamat malam semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga kita sentiasa bersama-sama dengannya.

Saya mempunyai mata untuk melihat,
Untuk melihat kebaikan dan keburukan,
Untuk melihat perkara yang baik mahupun tidak,

Jika anda nak gaji tinggi, kena jadi orang yang sukar ditukar ganti. Kena ada specific knowledge yang rare.

Ramai demand nak gaji tinggi especially fresh graduate tapi bila tang kualiti, asal boleh yang penting namanya nampak macam chicken chop. Rasa macam mana? Kita bukan jual makanan atas nama sahaja... orang bayar untuk kita buat makanan mereka. Customer is always have every right to request anything matter to the foods yang diorang nak. Nak pedas ke tak nak ke. Kita buat sahaja as long as diorang bayar. Why bother? Kenapa kita nak marah kerenah customer sedangkan mereka bayar dan that is our job. Kalau tak tahan, tine to change your career.

Tapi bila kerja pun ala kadar, nak gaji demand mcm gaji exec, tapi kerja commis better, tu yang menyalak kata orang atas kuat mengipas dan menjilat. Walhal diri sendiri tak improve a bit pun.

Tak semua macam ni, tapi yang ada ni cukup untuk punah kan dapur dan business orang.

#JustSharingReality

Sabtu, 1 Februari 2020

Saya Rindu

Saya tak tau kenapa

Saya tak pernah nangis sebab perpisahan bersama-sama kawan di kolej dan di sekolah.
Selepas perpisahan tersebut.. Saya mulakan hidup seperti biasa
Pernah jugak tgk video kenangan bersama-sama rakan.. Tpi tu lah.. Susah nk nak hayati..
Saya tgk muka kawan² saya mereka semua menagis..

Tapi itu bukan bermakna saya tak rindu meraka.
Saya sayang mereka
Saya rindu kenangan bersama-sama
Banyak cerita yang menarik yang saya tak boleh lupakan.

Tapi saya akan mula menagis bila
Saya hidup sendiri tanpa keluarga
Saya jalan sendiri tanpa mereka
Saya sedih bila mereka tiada disisi

Selama sebulan saya praktikal di sini
Sebulan jugaklah saya menagis rindukan mereka.

Pada ini saya cuti 2 hari..
Saya memberitau keluarga untuk saya balik kampung
Kerana saya tau bukan senang nak cuti
So inilah peluang saya
Untuk lebihkan masa bersama mereka

Tapi
Esok saya dah naik kerja
Rasa macam tak puas
Rasa macam tak nak balik johor
Kalau boleh saya nak duduk di sini lama lagi
Kalau boleh saya nak ulang-alik naik motor

Saya nak cakap yang saya rindu mereka
Semoga allah memberikan mereka syurga
Semog allah melimpahkan rezeki pada mereka.