Jangan bunuh jiwa ketika di Usia 20-30 tahun,”Entering The Adult World Crisis” adalah perkara normal di dalam peringkat kehidupan.
.
“Seronoknya jadi orang dewasa,nak beli apa semua dapat.Kerja tiap bulan dapat duit banyak,tak payah nak belajar macam dekat sekolah”.
Ketika di zaman sekolah,kita sering menganggap bahawa kehidupan sebagai orang dewasa adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Tetapi apabila tamat zaman persekolahan dan tiba fasa awal dewasa sekitar umur 17 tahun,kita mula bingung dengan hala tuju hidup,
Sehingga satu tahap kita menganggap fasa ini sebagai satu fasa tekanan apabila kita perlu berjuang dengan diri sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pernah tak anda rasa anda sudah rancang hidup anda dengan teliti,tetapi ianya tidak berjalan dengan baik.
Pernah tak anda rasa anda berasa sedikit tercabar apabila melihat satu persatu rakan anda sudah mula mengorak langkah mereka ke depan.
Pernah tak anda rasa anda berjaya capai sesuatu di dalam hidup.tetapi anda masih tidak berpuas hati.
Pernah tak anda rasa anda masih keliru dengan perjalanan hidup anda,rasa seperti terumbang ambing dipukul ombak.
Jangan risau,perkara ini adalah tanda anda sedang menghadapi “Entering The Adult World Crisis”.Ianya adalah normal,tetapi perlu dikawal!
Kenapa perlu dikawal,
Jawapannya mudah,untuk mengelakkan jiwa anda daripada mati atau lenyap terus.
Tidak kira lah sama ada jiwa anda dibunuh oleh diri anda sendiri ataupun dibunuh oleh orang lain.
Menurut teori perkembangan Levinson (1978),
Umur sekitar 17-22 tahun dianggap sebagai fasa “Early adult transition”,
Di fasa ini,ianya melibatkan keputusan seaeorang individu mengenai tahap pendidikan mereka,kerjaya,dan keputusan untuk hidup berdikari secara sendiri.
Apabila umur mencecah 22-28 tahun,fasa ini dikenali sebagai “Entering the adult world”,
Ketika di fasa ini,seseorang individu akan berdepan dengan pelbagai keputusan kritikal di dalam hidup,
Contohnya seperti mencari pasangan hidup,mencari matlamat hidup,mencari pekerjaan yang stabil.
Tetapi apabila umur memasuki 28-33 tahun,seseorang individu akan menjadi lebih tenang dan mula membuat penyesuaian dengan keadaan ini,
“Apa nak jadi,jadi jelah.Aku follow the flow je”.
Pada fasa 28-33 tahun,seseorang individu akan cuba menjadi diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh gaya kehidupan orang lain.
Jiwa mereka menjadi semakin tenang,mental mereka semakin stabil.Mereka anggap hidup setiap orang ada jalan yang tersendiri.
Bagaimana nak jaga jiwa daripada “terbunuh” ketika fasa “Entering The Adult World Life crisis”,
Pertama,percaya bahawa fasa ini adalah normal dan bakal dihadapi oleh setiap orang.
Kedua,perlu tetapkan mindset yang positif.Jika perancangan kita tidak berjalan dengan baik,anggap sahaja ia bukan rezeki kita,mulakan dengan plan B sehinggan plan Z.
Ketiga,jangan tergopoh-gopoh untuk berlawan gaya hidup apabila kita melihat orang lain mula selangkah ke depan.
Kita berusaha ikut cara kita,yang penting kita juga akan sampai ke tahap yang kita inginkan,pelan-pelan kayuh.
Keempat,belajar daripada kedua ibu bapa kita.Mereka lebih banyak pengalaman daripada kita,
Bersembang dengan mereka dan kutip pengalaman mereka.Tidak perlu tiru 100%,cuba baiki apa yang patut.Haa
Kita adalah penentu kehidupan kita,jika kita ingin meletakkan tekanan sehingga membunuh jiwa kita,
Jadi bersiap sedia lah jika kesihatan mental kita terjejas.Silap haribulan,tanpa kita sedar kita ada simptom “depression”.
Tenang sahaja di dalam hidup,tidak perlu tergopoh-gapah,yang penting usaha dahulu.
Tuhan dah susun perjalanan hidup kita cantik-cantik,
Ingat,tuhan tidak akan uji kita melebihi tahap iman kita.
Begitulah kehidupan,manis atau pahit.Ianya perlu diteruskan.
Teuskan usaha,jangan terus rebah ke bumi.
Follow dan set see first saya untuk tips asas kewangan,psikologi dan motivasi santai.
-Aidil Adha-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan