Isnin, 28 September 2020

Depresi : Akibat Dari Otak Dan Hati (perasaan)

 Selalu orang suka judge orang yang tengah depression ni “lemah iman” atau “jauh dari Tuhan”. Lalu mereka kata pergi lah baca Quran untuk tenangkan hati.

.

Sebelum itu, kita kene lah faham depression ini ada dua jenis. Yang pertama adalah kesedihan dan beremosi. Ini kebiasaan semua manusia akan alami apabila menghadapi peristiwa yang menyedihkan seperti kehilangan orang kesayangan dsb.

.

Yang kedua ini pula ramai orang salah faham. Iatu merupakan mental illness. Ada macam2 jenis. Ada namanya major depressive disorder, postpartum depression, postpartum pschosis dll.

.

Masalah orang kita, kita anggap dua-dua jenis ini sama. Sedangkan yang kedua itu adalah satu penyakit tapi kita tak nampak. Betul - Quran,  zikir dan solat adalah pengubat hati yang bersedih. Tapi ini untuk depression yang pertama. Kedua itu pula, ia sebagai pembantu/penyokong tetapi dia tetap perlu jumpa dengan pakar untuk mengubat sakit.

.

Seperti mana orang sakit fizikal macam demam. Atau sakit kepala. Kita suruh dia jumpa Doctor untuk cari ubat. Tuhan juga suruh kita usaha cari ubat. (Yang mengubat tetap Tuhan. Bukan ubat atau Doctor. Ia hanya sebagai medium/wasilah shj)

.

Ini seperti mana dalam hadis, ada Sahabat yang taknak ikat binatang tunggangannya sbb dia tawakal kpd Allah. Lalu Nabi ﷺ tegur, ikat lah dulu selepas itu baru tawakal. Maksud di sini, kita perlu ada ikhtiar baru kita berserah kepada kuasa Nya. Kalau sakit, kene cari ubatnya.

.

Ada beberapa benda yang kita tak boleh ckp dekat orang depression ini. Antaranya jangan cakap “Bersabarlah.” Kita seolah judge dia yang tidak ada kesabaran. Ia tak mudah. Apa yang kita patut buat adalah membawa dia kepada pakar psikologi. Jangan juga cakap “kuatkan iman kau”. Itu juga kita judge dia iman dia lemah.

.

Ubah dengan berkata, “Kau dalam kesakitan. Kau perlu jumpa pakar supaya boleh membantu dan merawat kamu.”

.

 Credit : @mustaqim.jiwa - Instagram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan