Sabtu, 1 Februari 2020

Saya Rindu

Saya tak tau kenapa

Saya tak pernah nangis sebab perpisahan bersama-sama kawan di kolej dan di sekolah.
Selepas perpisahan tersebut.. Saya mulakan hidup seperti biasa
Pernah jugak tgk video kenangan bersama-sama rakan.. Tpi tu lah.. Susah nk nak hayati..
Saya tgk muka kawan² saya mereka semua menagis..

Tapi itu bukan bermakna saya tak rindu meraka.
Saya sayang mereka
Saya rindu kenangan bersama-sama
Banyak cerita yang menarik yang saya tak boleh lupakan.

Tapi saya akan mula menagis bila
Saya hidup sendiri tanpa keluarga
Saya jalan sendiri tanpa mereka
Saya sedih bila mereka tiada disisi

Selama sebulan saya praktikal di sini
Sebulan jugaklah saya menagis rindukan mereka.

Pada ini saya cuti 2 hari..
Saya memberitau keluarga untuk saya balik kampung
Kerana saya tau bukan senang nak cuti
So inilah peluang saya
Untuk lebihkan masa bersama mereka

Tapi
Esok saya dah naik kerja
Rasa macam tak puas
Rasa macam tak nak balik johor
Kalau boleh saya nak duduk di sini lama lagi
Kalau boleh saya nak ulang-alik naik motor

Saya nak cakap yang saya rindu mereka
Semoga allah memberikan mereka syurga
Semog allah melimpahkan rezeki pada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan