bismillah
assalammualaikum
Ada seorang perkerja yang berkerja
sebagai pembuat rumah atau Pembina rumah. Dia sudah lama berhidmat dengan
majikan sebagai seorang Pembina rumah. Dari mula dia membuat rumah hinggalah
dia hampir-hampir pencin, setiap hasil kerja yang telah dia lakukan adalah
sangat terbaik dan menarik. Majikannya sangat mengkagumi setiap kerja yang
telah dilaksanakan. Sebelum perkerja ini pencin, majikan telah memberikan satu
tanggungjawab kepada pekerja ini. Tanggungjawab ini adalah tugas terakhir
daripada majikan sebelum dia meninggalkan perkerjaanya. Tugas tersebut adalah
membuat satu rumah yang paling terbaik, tercantik dan menarik yang tidak pernah
perkerja ini bina sebelum ini. Majikan ini memberikan satu tanah yang sangat
luas, batu, kayu dan barangan untuk membuat rumah. Segala kos itu telah
ditanggung oleh majikan tersebut. Perkerja itu memulakan tugas untuk membuat
rumah. Perkerja itu membina rumah itu dengan biasa-biasa dalam erti kata lain ‘cukup-cukup
makan’ atau ‘ala kadar. Pekerja ini meangap ini adalah kerja terakhir dia dan
apabila dia membina sebuah rumah yang cantik, dia tetap juga akan pencin
setelah siap rumah itu. Setelah siap segalanya, perkerja itu memberi tahu
kepada majikan bahawa segala tugas itu telah dia laksanakan. Sebagai jasa yang
telah dilakukan oleh pekerja itu, majikan itu telah memberikan satu perhargaan
kepada perkerja itu. Perhargaan itu adalah rumah yang telah pekerja itu buat. Dia
sangat menyesal kerana tidak membuat rumah itu yang terbaik kerana rumah yang
dia buat adalah rumah dia sendiri.
Apa yang saya nak katakana
Apabila kita melakukan sesuatu
perkerjaan, kita haruslah melakukan dengan terbaik
Apabila kita menjadi suri rumah, kita
haruslah menjadi suri rumah yang terbaik seperti memasakan makanan paling
sedap, basuh pakian dengan bersih dan kemas rumah dengan cantik.
Apabila kita menjadi pelajar, kita
haruslah menjadi pelajar yang terbaik seperti menyiapkan segala tugasan yang
telah diberi oleh pendidik dan haruslah mempunyai rasa hormat kepada pendidik.
Apabila kita menjadi seorang suami, kita
haruslah menjadi seorang suami yang terbaik seperti membantu isteri dalam
segala urusan dan membawa rezeki yang hahal ke dalam rumah.
Apabila kita menjadi seorang anak, kita
haruslah menjadi anak yang terbaik kepada ibubapa seperti belajar
bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang soleh/solehah.
Apabila kita menjadi seorang hamba, kita
haruslah menjadi seorang hamba yang terbaik seperti melaksanakan segala
kewajipan dan meninggalkan segala laranganya.
Semoga kita sama-sama menjadi manusia
yang terbaik