Isnin, 9 Ogos 2021

Kerja Masa Cuti Sem

 Assalamualaikum.

Sifat perangai buruk aku memang suka boros berbelanja. Ada jugak sifat malaikat aku yang selalu jimat. Tapi lebih kepada dugaan dan hasutan syaitan iaitu membazir.

So aku dah target selepas je cuti sem, aku nak kerja part time kat kedai yang pernah aku kerja. Alhamdulillah Allah makbulkan. Allah sangat baik. Dia tahu apa yang baik untuk hambanya.

Sebelum raya haji aku ada jumpa sorang mak cik ni. Dia kerja kat kedai tu. Aku tanya lah ada kerja kosong tak kat situ. Dia kata ada.. nanti dia bagitau bos yang aku nak kerja situ. 

Hari pertama raya haji aku dapat call dari makcik tu. Dia suruh aku datang esok. Sumpah aku bersyukur sangat sebab dapat lah tambah duit jajan sikit.

Sebenarnya aku kerja part time aku target nak beli barang. Agak mahal lah jugak benda tu.. aku nak beli mesin kopi.. tapi semua mahal². Aku memang suka kopi.. tu lah aku nak beli mesin kopi. 



Tapi bila fikir balik... Macam membazir je.. lebih baik duit gaji tu aku beli benda lain. Aku boleh je beli guna duit dalam bank. Tapi sayang lah nak guna duit tu 

InshaAllah suatu hari nanti aku mesti beli. 

Macam dah jauh sangat je aku cerita... 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan