Khamis, 19 Ogos 2021

Duit Aku Hilang

 Assalamualaikum 

Semoga kita semua dalam kebaikan dan diberikan kesihatan yang baik. 

Dugaan hari ini, duit belanja aku hilang weh. Macam ni ceritanya aku pergi kerja duit belanja rm 40 aku memang ada dalam beg aku. Sumpah aku ingat lagi aku keluar rm10 dalam beg aku sebab nak bayar makanan chicken chop. 

Masa aku keluar duit dalam beg tu memang aku ada kat tempat kerja. Aku bagi duit kat kawan aku untuk past kan pada runner tu. Kawan aku sorang tu je nampak aku simpan duit dalam beg tu. 

Balik je kerja aku tengok duit aku dah hilang. Aku termenung jap. Aku kerja penat penat Siot. Tetiba hilang macam tu je. Sakit hati kita tau. Hahaha. Nak tuduh seseorang takut salah pulak...  Dah jatuh fitnah dosa pulak dapat.

InshaAllah saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin Tuhan nak ganti dengan yang lebih baik.

Saya teringat satu ceramah ni. Dia kata lebih kurang macam ni..

Kalau barang kita Kene curi ingatkan diri kita 3 perkara

1. Bersyukur

Bersyukur kerana pencuri tersebut telah mengambil barang kita Yang kita tak tau halal atau haram. Mungkin barang tersebut adalah tidak baik untuk kita, ataupun barang tersebut adalah haram. So dia telah mengambil harta/ barang kita yang haram itu dan juga telah menyelamatkan harta kita daripada yang haram. Tapi pencuri tersebut tetap berdosa sebab dia mencuri. 

2. Bantuan

Bersangka baik.. mungkin dia tiada duit untuk makan atau terdesak untuk memerlukan duit.

3. Ujian penghapusan dosa

Sesungguhnya kita tau bahawa ujian ini semua sebagai penghapus dosa. Ujian juga mendekatkan kita dengan Allah. 

Ya Allah ampunilah dosa ku, jadikan aku seorang yang tabah, jadikan aku seorang yang kuat, jadikan aku orang yang sentiasa mengingati mu. Angkatlah darjat ku... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan