Khamis, 19 Ogos 2021

Racun Tiktok

 Assalamualaikum semua

Ini semua angkara Tik tok. Habis duit aku sebab tengok produk produk viral kat Tik tok.

 


Duit Aku Hilang

 Assalamualaikum 

Semoga kita semua dalam kebaikan dan diberikan kesihatan yang baik. 

Dugaan hari ini, duit belanja aku hilang weh. Macam ni ceritanya aku pergi kerja duit belanja rm 40 aku memang ada dalam beg aku. Sumpah aku ingat lagi aku keluar rm10 dalam beg aku sebab nak bayar makanan chicken chop. 

Masa aku keluar duit dalam beg tu memang aku ada kat tempat kerja. Aku bagi duit kat kawan aku untuk past kan pada runner tu. Kawan aku sorang tu je nampak aku simpan duit dalam beg tu. 

Balik je kerja aku tengok duit aku dah hilang. Aku termenung jap. Aku kerja penat penat Siot. Tetiba hilang macam tu je. Sakit hati kita tau. Hahaha. Nak tuduh seseorang takut salah pulak...  Dah jatuh fitnah dosa pulak dapat.

InshaAllah saya redha dengan apa yang berlaku. Mungkin Tuhan nak ganti dengan yang lebih baik.

Saya teringat satu ceramah ni. Dia kata lebih kurang macam ni..

Kalau barang kita Kene curi ingatkan diri kita 3 perkara

1. Bersyukur

Bersyukur kerana pencuri tersebut telah mengambil barang kita Yang kita tak tau halal atau haram. Mungkin barang tersebut adalah tidak baik untuk kita, ataupun barang tersebut adalah haram. So dia telah mengambil harta/ barang kita yang haram itu dan juga telah menyelamatkan harta kita daripada yang haram. Tapi pencuri tersebut tetap berdosa sebab dia mencuri. 

2. Bantuan

Bersangka baik.. mungkin dia tiada duit untuk makan atau terdesak untuk memerlukan duit.

3. Ujian penghapusan dosa

Sesungguhnya kita tau bahawa ujian ini semua sebagai penghapus dosa. Ujian juga mendekatkan kita dengan Allah. 

Ya Allah ampunilah dosa ku, jadikan aku seorang yang tabah, jadikan aku seorang yang kuat, jadikan aku orang yang sentiasa mengingati mu. Angkatlah darjat ku... Amin

Selasa, 17 Ogos 2021

Sambal Daging Hitam

 Assalamualaikum semua

Semoga kita diberi kesihatan yang baik. Semoga hari hari kita bertambah baik dan mendapat rahmatnya.

Saya ada menulis tentang saya ada Oder sambal. Haritu adalah hari paling bahagia bagi saya kerana saya ada ternampak parcel saya dalam live penjual tersebut. 














Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab hari ini sambal daging tu dah sampai. Sumpah Saya kata jujur sambal daging tu sedap sangat. Saya tambah nasi sampai 3 kali. Hahaha baru nak diet tapi terkena racun.



Ahad, 15 Ogos 2021

Kongsi Makanan

 Hai Assalamualaikum semua..

Semoga kita semua mendapat petunjuk dari Allah. Semoga hidup kita bahagia..

*Dia kaitan dengan gambar di atas*


Disebabkan hari ini aku cuti, aku nak menulis tentang makcik tempat kerja aku. Sekarang aku tengah menulis sambil mendengar lagu Jiwang iaitu rembulan malam. Hahaha. Kita Kene hadirkan filing jiwang² gitew.

Aku selalu perasaan makcik tempat aku bekerja ni selalu berkongsi makanan dengan orang lain. Nasi lauk dia makan separuh, separuh lagi dia asingkan untuk orang lain yang tak bawak bekal makanan. 

Kadangkala dia selalu bagi aku lauk ayam, daging apa sahaja lah yang dia bawa dari rumah.

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan rezeki seperti air zamzam yang sentiasa mengalir tanpa hentinya.



Mood Tetiba Gembira

 Assalamualaikum..

Kemarin aku ada beli sambal daging hitam dengan sorang Instagram femes ni. Bila tengok dia makan sambal daging tu macam terliur je. So kita beli lah.



Tadi kita live dia kat Facebook pastu terjumpa parcel alamat rumah dengan nama aku kat dalam live tu.. gembira tetiba... Dah lah sambal yg dia pegang tu kat atas parcel kita.. haha


Tu sahaja cerita saya pada hari ini. Saya nak bagitau yang hari ini mood saya sangat sangat sangat happy. Semoga kebahagian milik kita di dunia dan akhirat.




Isnin, 9 Ogos 2021

Kerja Masa Cuti Sem

 Assalamualaikum.

Sifat perangai buruk aku memang suka boros berbelanja. Ada jugak sifat malaikat aku yang selalu jimat. Tapi lebih kepada dugaan dan hasutan syaitan iaitu membazir.

So aku dah target selepas je cuti sem, aku nak kerja part time kat kedai yang pernah aku kerja. Alhamdulillah Allah makbulkan. Allah sangat baik. Dia tahu apa yang baik untuk hambanya.

Sebelum raya haji aku ada jumpa sorang mak cik ni. Dia kerja kat kedai tu. Aku tanya lah ada kerja kosong tak kat situ. Dia kata ada.. nanti dia bagitau bos yang aku nak kerja situ. 

Hari pertama raya haji aku dapat call dari makcik tu. Dia suruh aku datang esok. Sumpah aku bersyukur sangat sebab dapat lah tambah duit jajan sikit.

Sebenarnya aku kerja part time aku target nak beli barang. Agak mahal lah jugak benda tu.. aku nak beli mesin kopi.. tapi semua mahal². Aku memang suka kopi.. tu lah aku nak beli mesin kopi. 



Tapi bila fikir balik... Macam membazir je.. lebih baik duit gaji tu aku beli benda lain. Aku boleh je beli guna duit dalam bank. Tapi sayang lah nak guna duit tu 

InshaAllah suatu hari nanti aku mesti beli. 

Macam dah jauh sangat je aku cerita... 





Mood Malas

 Assalamualaikum semua.... 



Semoga kehidupan kita penuh dengan kebaikan dan manfaat kepada semua orang. Semoga amalan kita diterima Allah. Semoga Allah SWT mengampuni dosa² kita dan mengangkat darjat.

Dah lama aku tak menaip blog. Asyik post gambar je kannnn...  Rindu pulak nak menulis kisah kehidupan aku. Mungkin kalau aku free baru aku menaip cerita cerita dan  pengalaman aku. 

Cerita kisah hidup aku x lah best mana pon. Dan lah lah bosan sangat. Biasa-biasa sahaja. Hahaha. Disebabkan tidak mahu memori indah dan pahid dilupakan.. aku akan upload cerita itu di blog aku.

Sebenarnya banyak cerita dalam blog ni yang aku tangguhkan. Antara adalah cerita pengalaman semasa aku praktikal, cerita masa pergi air terjun, cerita pasal telefon hilang,  banyak lagi lah... Tapi aku malas nak taip

Nanti lah aku free.. mood aku baik... Aku cerita lah eh.

Bye