Bismillah
Adalah mustahil seluruh manusia akan menyukai dan menghormati kita. Yang paling penting pastikan mereka yang menyayangi dan menghormati kita adalah orang yang baik. Maka hidup kita akan lebih tenang.
Teruskan berbakti sebanyak mungkin dengan memahami dan sedar dengan jelas bahawa melakukan kebaikan adalah perintah Allah. Jangan berhenti berbuat baik hanya kerana manusia hina yang dengki dan khianat. Kerana perkara itu adalah benda yang paling berat untuk dilakukan .
Jangan pernah sama sekali mengharapkan penghargaan manusia dalam setiap kebaikan yang dilakukan nescaya pasti kita akan kecewa. Lakukanlah semuanya hanya kerana Allah nescaya kita pasti akan bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan