Ahad, 12 Ogos 2018

Kerjaya Chef

Assalammualaikum

Saya nak menceritakan tentang kerjaya chef. Apa yang kita tahu chef itu sebagai tukang masak. Dan kerja sebagai chef cuma di dapur.

Saya teringat pensyarah selalu tekankan kerja tukang masak ni kita nak bagi orang makan. Kita mesti hidangkan yang sedap² untuk pelanggan supaya diorang suka.

Pensyarah selalu cakap " senang ke jadi chef?" Bila aku dah masuk bidang ni, baru aku tahu bertapa susahnya menjadi tukang masak.

Antara cabaran adalah aku perlu membuat berdiri dari mula hingga akhir perkerjaan itu siap. Nak tengok handphone, hmmm jarang sekali.

Bukan apa sebab kita nak fokus dengan apa yang kita masak. Tukang masak ni berkaitan dengan pelangan. So bila dengan pelangan kita x nak pelangan tunggu lama untuk tunggu kita hidangkan makanan dia. Sebab tu kita perlu cepat.

Nak jadi chef ni kita Kene tahu banyak benda contohnya roux, stock lah. Banyak lagi. Ingat senang ke jadi chef.

Nak jadi chef kau perlu ada minat yang mendalam. Bukan saja² nak ikut kawan atau mak kau suruh. Aku ada sorang kawan die benti belajar sebab x minat. Sedih weh. Perjalanan sampai situ je.

Satu lagi, kalau kau jadi chef kau Kene tahan maki hamun. Itu adalah perkara normal di dalam dapur, jangan pula jadi hati tisu,

Dari sudut gaji, memang besar lah itu pon kalau kau kerja kat hotel. Berpuluh puluh ribu kau boleh dapat.

Bro kerjaya chef ni luas, kalau kau x jadi tukang masak pon kau bole kerja lain contoh yang berkaitan;

1. Penulis
- penulis buku atau blogger. Kat situ kau boleh lah kongsi resepi memasak atau kau jadi penulis buku masakan

2. Guru
- kau boleh jadi cikgu / pensyarah. Tapi kau Kene belajar lebih tinggi lah . Insha Allah Allah mudahkan. Kau boleh ajar anak murid kau

3. Chef
- mestilah bidang kulinari kau belajar sebab nak jadi chef. Seperti aku katakan tadi, nak jadi chef Kene tahan fizikal dan mentel kene kuat.

Sekian .

Tentang Chef



Untuk pengetahuan semua gaji tukang masak kantin sekolah je rm100 tau sehari..Klau darab Dgn 20hari(Waktu persekolahan)da rm2000.

Itu gaji tukang masak sekolah yang Mungkin kampung2 x de sijil Apa2..

untuk pengetahuan semua tukang masak y berilmu/Ade sijil y masuk competition luar negara,yang da Ade buku sendiri..pendapatan dorang berpuluh2 ribu ganda. Jumlah gaji sangat besar berbanding dengan kerjaya lain.


Sekian..

Manusia Tidak Sempurna

Bismillah


Adalah mustahil seluruh manusia akan menyukai dan menghormati kita. Yang paling penting pastikan mereka yang menyayangi dan menghormati kita adalah orang yang baik. Maka hidup kita akan lebih tenang.

Teruskan berbakti sebanyak mungkin dengan memahami dan sedar dengan jelas bahawa melakukan kebaikan adalah perintah Allah. Jangan berhenti berbuat baik hanya kerana manusia hina yang dengki dan khianat. Kerana perkara itu adalah benda yang paling berat untuk dilakukan .

Jangan pernah sama sekali mengharapkan penghargaan manusia dalam setiap kebaikan yang dilakukan nescaya pasti kita akan kecewa. Lakukanlah semuanya hanya kerana Allah nescaya kita pasti akan bahagia.


Jumaat, 10 Ogos 2018

Sabar Dan Sabir


Teringat saya satu dialog ni

“manusia bukan robot dan ada tahap kesabaran”


3 faktor orang marah  atau hilang kesabaran atau sumber hilang sabar

1.       Nafsu
2.       Syaitan
3.       Kemanusiaan

Ok, saya terangkan satu persatu

1.       Nafsu

-Nafsu ini meringit kearah benda tidak baik.
-nafsu macam kanak-kanak sebab dia meringit
-nafsu perlu didik
-contoh dalam rumah tangga marah mungkin tiada masalah. Tapi tabiat marah dalam rumah tangga itu bermasalah. Itu perlu dikawal.

2.       Syaitan        

                                                                                    -beza nafsu dan syaitan                                                                                                                       -bisikan nafsu meringit dan bisikan saiton merancan                                                              -marah daripada syaitan biasa benda yang buruk contoh pergaduhan

3.       Kemanusiaan

-sifat manusia memang ada marah
-sifat sabar memang luas untuk manusia seperti dia mungkin boeh sabar dalam satu bab tapi tidak boleh sabar dala satu bab.
-contoh situasi di atas. Mungkin si suami boleh sabar isteri siap lambat, tetapi tidak boleh sabar kalau isteri siap makanan lambat.
-ada manusia yang boleh sabar dalam satu permasalahan, tatapi mungkin tidak boleh sabar kalau permasalahan tersebut berulang banyak kali
-contoh situasi di atas. Kalau anak murid tidak siapkan kerja rumah yang diberi oleh guru, mungkin guru akan bersabar tetapi kalau anak murid sentiasa berulang tidak menyiapkan kerja rumah, mungkin guru tidak boleh sabar.
-perumpamaan. Mungkin kalau kita tergelamkan bola di kolam dan kita lepaskan. Ia seperti boom. Begitu sifat marah manusia yang ketiga.
-“lebih buruk sifat marah manusia apabila ada bikisan syaitan dan bisikan nafsu”
1)      Ubat

-nafsu marah kene didik
-contoh perlukan tarbiah dan ilmu daripada orang sekeliling seperti guru.
-guru dapat melihat orang yang orang tidak perasan dalam diri seseorang itu

2)      Syaitan

-mintak perlindungan daripada allah seperti doa.
- apabila kita doa pada masa yang sama kita ingat allah
-apabila kita ingat allah syaitan tidak dapat kuasai kita

3)      Kemanusiaan
-ilmu penting. Perlu cari guru.
-kita mungkin alim dalam satu benda belum tentu kita alim dalam satu benda yang lain.

Asas ilmu sabar 3 perkara atau 3 prinsip sabar atau mintak perkara ini

1.       Syukur
-alhamdulillah, ya allah hari ini barang aku hilang. Syukur ya allah, hari ini tidak semua barang aku hilang.
-alhamdulillah, ya allah hari ini rumah aku terbakar. Syukur ya allah tapi nyawa tidak terbakar
2.      
-          Orang lain yang mencuri bukan aku yang mencuri
-          Orang lain yang menghina bukan aku yang meng hina

3.       Doalah
-gantikan dengan yang lebih baik

“allah nak bagi syurga dekat akhirat, allah  dahulukan syurga kat dunia iaitu ketenangan”
“dunia kat tangan bukan kat hati”


Berkerja Dengan Manusia toksik

Pertama kali aku jejak kaki kat situ
Kau memang baik
Perangai kau macam keibuan
Cara kau dengan manusia lain macam kau ni suci

Aku ingat lagi kau pernah cakap
Kalau awak dah kerja awak akan jumpa orang yang akan tak puas hati dengan orang lain
Kau juara cakap pasal agama

Pakaian kau seperti muslimah
Sentiasa tutup aurat dengan sempurna
Kehidupan kau sederhana
Tidak terlalu mewah

Tapi

Kau memang binatang
Sampai aku mati belum tentu aku dapat maafkan kau
Bagi aku kau sampah
Kau makan talam

Depan orang lain kau umpama malaikat
Kau umpama manusia suci
Bila orang dengar kata kata kau orang itu pon akan terpengaruh

Terima kasih atas pengalaman pahit ini
Semoga kau mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan kau pada aku
Dan aku nak tengok kau dapat balasan itu di dunia juga

Aku memang kejam
Sebab kau buat aku macam ni
Kau fitnah aku
Kau cerita buruk pasal aku kat orang lain

Sampai satu tahap masa tu aku hampir nak berhenti kerja
Kejam sangat kau
Kau memang binatang

Aku buat baik kat kau
Bagi kau pinjam macam macam
Moto aku, duit aku
Tapi balasan kau macam ni
Kau kejam

Tapi sekarang aku dah berjaya
Berjaya tinggalkan tempat neraka tu
Tinggal kau

Walaupun aku dah tinggal kan tempat tu
Tapi aku tetap rasa dendam
Dendam ini tak kan terpadam
Walaupun kau dah mula baik dengan aku

Aku tetap boleh layan macam dulu
Gelak ketawa macam dulu
Berbual macam dulu

Tapi tu semua aku paksa diri aku
Untuk berbuat baik dengan orang toksik macam kau

Weh kau ingat aku boleh terima ke
Dengan apa yang kau buat kat aku

Semoga aku dapat memaafkan segala dosa kau pada aku
Semoga Allah ampunkan dosa aku
Aku manusia teraniaya
Mungkin aku boleh maafkan kau tapi aku x dapat lupakan apa yang kau buat kat aku.

Khamis, 9 Ogos 2018

Aku yang dulu

Dulu
aku budak degil
Aku budak nakal
Budak keras kepala
Budak sial
Budak yang selalu buat hal
Budak jahat

Senang cerita yang ada kena-mengena dengan perkataan jahat tu semua aku.

Tak ada satu pon sifat baik, murni apatahlagi sifat akhlak mulia dalam diri aku.

Aku dulu pernah lepak dengan budak budak degil. Aku dulu kaki jalan selaku pusing satu daerah. Sebab tak nak masuk kelas awal.

Orang lain. Mereka akan pandang aku macam budak tak de masa depan.

Tapi tu cerita lima tahun dulu.

Sekarang hidayah allah itu sampai. Tak kira lah mudah atau kau tua pon. Sebab hidayah milik Allah. Yang penting berusaha itu penting.

Dulu aku pernah lah dalam hati ni nak berubah ke arah kebaikan . Nak insaf. Kalau boleh nak tinggalkan benda jahat yang pernah aku lakukan. Nak bergaul dengan orang yang baik. Nak paling lawak adalah aku nak jadi pendakwah. Ni cerita betul.

Sejak dari tu aku selaku dengar ceramah agama. Solat rajin. Bukan tv je tgk ustaz ceramah. Siap bangun pagi lagi semata² nak dengar ceramah agama kat tv 9. Kadang² buat solat sunat. Siap mengaji lagi. Pernah juga join kem bestari solat. Waktu tu aku rasa macam diri aku ni malaikat sebab baik gila aku tame tu.

Dan dalam perlahan- lahan aku baru nak berubah dan ingin mendekatkan diri aku kepada-Nya tiba- tiba seseorang cakap kat aku macam ni;

" Kau dah lah selalu bangun lambat, degit pemalas, macam ni ke perangi kau nak jadi ustazah. Kalau macam ni lah perangai kau jangan mimpi. Memang x kan dapat punya "

Aku masatu down giler, aku harapkan orang untuk sokong aku, bantu aku nak berubah, berikan kata² semangat kat aku. Tapi yang aku dapat hanyalah sindiran dan kutukkan daripada dia.

Dan perangai aku tetap biasa x lah baik sangat dan x lah jahat sangat. Impian aku untuk jadi pendakwah dan ustazah tu aku dah buang jauh2. Sebab perangai tak berapa nak elok.

Perkara yang aku nak sampaikan adalah

1. Tidak semua orang yang jahat tiada masa depan. Jangan pandang sebelah mata pada seseorang
2. Bantu lah seseorang itu jika dia nak berubah

Untuk awak yang masih lagi dengan perangai sama tu perlahan lahan kita berubah k.