ASSALAMMUALAIKUM.....
sebagai manusia biasa,kita tentunya tidak dapat mengelakkan diri dari melakukan perakra atau perbuatan yang mendatangkan dosa. demi untuk mengelakkan dari dihukum di akhirat, allah menghukum kita didunia ini.
sesungguhnya seksaan di akhirat lebih dahsyat dan tiada bandingannya dengan sebarang ksusahan di dunia ini. jadi jelaslah bahawa ujian-ujian ini merupakan penghapusan dosa dari allah. begitualah kasih allah terhadap hamba-nya
dibersihkan dahulu hambanya melalui ujian hidup yang lahirnya kelihatan begitu menyusahkan seseorang. tetapi hakikatnya membawa seribu hikmah jika kita sedar. maka jika takdir hambanya dipanggil pulang menemui-nya di waktu, maka kembalilah ia dalam keadaan redha lagi diredhai allah.
sebagai firman allah:
ertinya: ''wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan redha( puas dengan segala nikmat pemberian-nya), lagi diredahi-nya. '' (suruh al-fajr:27-30)
ujian itu umpama rotan dari allah. rotan yang boleh menghapus dosa atau menaikkan pangkat di sisinya. biarlah kita selalu dirotan allah.
sebaliknya kalau kita jarang-jarang dirotan allah, janganlah senang hati.
jangan biarkan rotan akhirat menunggu. rotan api yang berbakar lebih dahsyat lagi, tetapi perlu disedari juga ujian dan nikmat adalah pemberian yang allah gilirkan secara teratur untuk hamba-hambanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan