Ahad, 14 Jun 2015

DUGAAN ANA MENDAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN~

 
 
ASSALAMMUALAIKUM...
 
 

Alhamdulillah, kerana dengan rahmatnya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dengan sempurna.

ana(saya) sebenarnya sedih dengan keputusan peperiksaan petengahan tahun yang ana dapat. keputusan yang ana dapat itu sangat teruk, hinggakan membuat ana menangis. ana rasa ana dapat keputusan teruk ini kerana sikap ana yang melalaikan diri ana. sebelumni ana x fikir pon yang ana boleh dapat macamtu.

hati ana menyatakan '' xkan 15 tahun aku hidup ni je marka aku boleh dapat nak bagi hadia ni kat mak ayah''.ana bersangka baik dengan allah, mungkin allah beri ni semua pada ana supaya ana berusaha lebih keras lagi kan...

ana teringat marka matematik ana masa peperiksaan awal tahun boleh tahan lah 60 je. kiranya marka ana cukup-cukup makanlah. tapi kali ini, peperiksaan keputusan pertengahan tahun yang ana dapat 32. sangat menyedihkan bagi ana. ana malu nak tunjukkan marka ni kepada ibupada ana. penat-penat diorang bagi ana duit, hantar pergi sekolah, kelas tambahan tapi ini ana nak bagi diorang.

kita hidup dah lama lebih dari 10,15 tahun, tapi apa yang kita dapat ilmu dari sekolah. kita pergi sekolah hari-hari, buang duit makayah kita je sebab nak beli buku, beli makanan, progam sekolah, minyak motor dan lain-lain. tetapi masa dapat keputusan smp 'gagal'. x rasa membazir ke duit yang makayah keluarkan untuk kita.

ana cerita tentang ini kerana nk bagi pengajaran kepada kita semua tentang bertapa pentingnya ilmu dalam kehidupan kita . banyak masa lagi yang kita boleh memperbaiki kesilapan kita. apa yang perlu kita buat, kita jangan putus untuk berusaha dan berdoa kepadanya. kita layak untuk Berjaya. kejayaan milik kita kalau kita usaha bersungguh-sungguh. tuhan cipta kita ni mesti ade sebab. allah x cipta kita untuk gagal selamanya. kita perlu cari apa keistimewaan kita yang tuhan beri kepada kita. kerana manusia diciptakan mempunyai keistimewaannya sendiri.^^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan