bismilla
salam sejahtera keatas kamu semua. semoga allah memudahkan segala urusan kita. harini saya nak berkongsi pengalaman dan cerita saya. kami diberi cuti selama 2 hari iaitu hari jumaat dan subtu. selalunya hari macam tu saya akan busy dengan kerja bagai, part time fnb, dan ass. sem empat kami memang busy gile setiap hari ada je kerja nak buat, ada sahaja berbincangan bersuamuka dan sudah tiada ada lagi kelas online.
cuti ni ramai kawan saya sudah plan untuk pulang ke kampung masing-masing. jadi saya apalagi saya pon plan benda yang sama cuma saya tidak balik kampung, tapi saya bercuti. nak kata bercuti tidak lah kira bercuti sebab kebanyakan masa saya disana hanya berjalan kaki melawat kedai dan hanya beli makanan sahaja. dan percutian saya hanya berlangsung satu hari sahaja.
pada asalnya saya nak tengok rumah sawa lama saya. rumah tu bnayak sangat kenangan indah. hahahaha. di rumah itu jugak lah saya belajar berdikari, saya belajar hidup susah, dan di sinilah jugak permulaan dimana hidup rm10 dalam masa sebulan. keluarga saya tidak tahu tentang ni. hahahaha.
sebenarmya saya memang tak kuat untu jejak kaki ke sini. tapi saya rindu sangat kenangan itu. saya rindu nak peluk dia, dan nak ucap terima kasih kerana menjaga saya selama 3 bulan lebih. tapi dia dah meninggal semoga allah tempatkan mereka bersama dengan orang beriman. saya menyesala sebab tidak bnayak pon kebaikan yang saya buat kepada dia dan akhirnya dia pergi dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan