Untuk kamu semua termasuk diri saya sendiri wajib ada sifat untuk hormat tempat kamu menimba ilmu... pensyarah pengurusan rakan-rakan dan sebagai nya...
Jagalah nama baik diri sendiri, keluarga dan tempat timba ilmu. Jadikan diri sebagai pencari ilmu. Keluarga sebagai kekuatan mencari ilmu. Universiti tempat kamu menimba ilmu.
Jadilah manusia yang ada sifat simpati, bertoleransi & amanah bila join group assignment nanti. Jangan menyusahkan orang.
Paksa diri untuk menjadi pelajar yang sentiasa tepati masa, dan buang sifat yang buruk seperti Suka tangguhkan assignment.
Jika anda seorang yang introvert belajar untuk bergaul dengan orang lain. Biasa diri untuk memantapkan komunikasi dengan orang lain. Buang sifat malu apabila belajar.
Jika tak puas hati komen dgn bahasa yg baik-baik...semoga perkara2 yg baik jugak dtg kepada kamu insyaallah...tunjuk kn sikap kamu sebagai orng yg berpendidikan tinggi...dgn mencerminkan akhlak dan budi pekerti yg baik..
Kekurangan bukan halangan.
Kelebihan bukan kekuatan.
Nasihat ini untuk diri saya jugak... Semoga Allah mudahkan urusan diri kita dunia dan akhirat. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan