bismillah..

Perkataan IMAN dan ISLAM adalah perkataan yang
tidak asing lagi bagi kita sebagai oarang islam. Iman itu ertinya ialah percaya
atau yakin, sedang islam pula adalah nama satu-satunya Agama yang diredhai
allah. erti islam ialah selamat dan sejahtera.
jika iman seseorang islam itu bak akan baiklah
agamanya. demikianlah sebaliknya.kalau seseorang slam itu hanya mengaku sahaja
islam tetapi tidak pernah bersembahyang itu terang menunjukkan kelemahan
iamnnya.
seorang muslim yang baik dan beriman kuat adalah
seperti sepohon kayu yanag indah, kuat dan subur . akarnya teguh terhunjam di
bumi sedang pokoknya pula subur dan teguh. muslim yanag seperti ini pasti akan
dapat menghadapi apa jua percobaan dan kesusahan dalam hidupnya tanpa sedikitpun rasa bimbang dan
cemas.
kalau imannaya kuat seperti akar sepohon kayu
tadi, maka nescaya peribadinya juga akan jadi baik dan indah. perangainya
mulia, tutukatanya manis dan sopan, ia kelihatan taan mengerjakan ibadat,
menjalankan segala perintah allah dan dapat bersabar dan bertenang diri bila
menghadapi sesuatu cobaan atau kesusahan dalam hidupnya. peribadinya indah itu
pula kerap menjadi contoh tauladan bagi setiap aggota masyarakatnya.
kalau iman seseorang itu lemah seperti lemahnya
bahagian akar pada sepohon pokok kayu tadi. kita akan dapati seperti orang yang
malas mengerjakan segala rukun islamnya, perangainya kasar, tuturkatanya kesat,
dan sikapnya sombong. ia lebih condong melakukan kejahatan dari amalan salih .
desebabkan hidupanya hanya mengikut hawa nafsu sahaja, allah mengangkat
keberkatan dari sagala rezeki hidupnya sekalipun ia mungkin kaya tetapi
hidupnya sentiasa gelisah dan tidak tenang, apalagi bila menghadapi sesuatu
cobaan dalam hidupnya.
akhirya orang seperti ini akan dapat kehinaan
semasa hidupnya di dunia sedang di akhirat kelak ia akan termasuk dalam
golongan orang-orang rugi. inilah akibat orang yang tidak beriman.
maka itu, sebagai satu nasihat dan peringatan
eloklah dari sekarang kita tekadkan dalam hati untuk menjadi seorang MUKMIN
MUKMINAT yang sejati. rajin-rajinlah kita mengerjakan segala perintah allah dan
rasulNya, berbuat baik terhadap ibu bapa, suka mengerjakan amal salih, pelihara
hubungan baik dengan manusia dan akhir sekali belajar belajar
bersungguh-sungguh untuk memperdalamkan ilmu agama.
sumber rujukan: buku ajarialah anak anda mengenal
allah dan rasulnya
pernerbit: bismil publishers singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan