Jumaat, 1 November 2019

Untuk kawan-kawan saya..
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan saya
Terima kasih kerana mempercayai saya
Terima kasih kerana selalu masak untuk saya
Terima kasih kerana selalu belanja saya
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dengan saya

Saya tidak tahu kenapa saya tidak nangis kerana perpisahan

Untuk pensyarah saya yang baik hati
Terima kasih kerana tunjuk ajar kepada saya
Terima kasih kerana menasihatkan saya tentang kehidupan manusia
Terima kasih kerana bersabar dengan perangai saya
Terima kasih kerana menasihatkan saya tentang solat
Terima kasih kerana melayan lawak bodoh saya
Terima kasih kerana selalu belanja makan
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan kami...

Semoga Allah memberkati kamu
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu untuk memimpin pelajar
Semoga Allah memberi kejayaan di dunia dan akhirat
Semoga Allah memudahkan segala urusan anda.



Rabu, 30 Oktober 2019


"Amy jangan mudah untuk diperbodohkan"
"Amy.. awak ni okay tapi lulus sikit"
"Kau ni jenis mudah percaya"

Aku pon tak tau kenapa lah aku ni jenis manusia yang mudah mempercayai manusia yang suka ambil kesempatan.

Aku jenis manusia yang senang di perbodohkan.. buktinya masa aku kerja di kedai dulu.. moto aku selalu di pinjam. 

Terima kasih puan pensyarah kerana menasihatkan saya.. saya doakan puan semoga murah rezeki.

Sabtu, 28 September 2019

Resepi Cha Bang Ang (paling sedap)

Cincau - 1/4 peket (ikut citarasa)
Gula karamel -1cawan
Selasih - 3 sudu (rendam dgn air panas hingga kembang)
Ais kiub
Susu cair - 1cawan
Susu pekat manis - 3 sudu besar
Esen vanila - 1 sudu teh
Secubit garam


Cara:

1. Didihkan gula perang dengan 1/2 cawan air hingga pekat dan likat.
2. Biji selasih rendam sampai kembang.
3. Campur semua bahan susu segar,  esen vanila, susu pepekat manis dan secubit garam.  Didihkan sekejap sahaja.  Matikan api.
4. Selepas sejuk susu tadi, letakan selasih, cincau termasuk ais.
5. Sapukan gula karamel pada tepi² cawan..  Tuangkan susu tadi di cawan yg telah disaluti gula.



27/09 Birthday Aku

Assalamualaikum, 

Terima kasih Yang ucap birthday saya harini . .Baru 19 tahun..muda Lagi..🤭🤭
Terima kasih jugak kwan2 Yang bgi kek..Yang buat kejutan..(walaupun kek tersebut jatuh)😍😍😍

Terima kasih banyak2...syukur dikeliling orang Yang baik2 & jiran Yang baik & kwan2 Yang dalam susah senang...I love u"all..💓💓💓

Terima kasih kepada puan Sywana pensyarah kelas kami kerana sepakat bersama pelajar untuk kenekan saya. 

Terima kasih semua.. semoga Allah merahmati kalian..