Khamis, 13 Disember 2018

Kepercayaan

Bismillah

Saja nak buka tajuk cerita tentang kepercayaan. Sekali orang dah tak percayakan kita, memang susah lah hidup kita. Kita tak boleh nak memaksa orang untuk percayakan kita. Kepercayaan ini adalah berkaitan tentang hati dan perasaan.



Sebenarnya, kepercayaan ini lebelnya lebih tinggi dari cinta. Kalau anda semua nak percaya atau tidak itu terpulang pada anda sendiri. Kepercayaan ni terlalu mahal.

Kepercayaan tu penting dalam perhubungan ko dengan manusia.

Bila sekali saya dah hilang kepercayaan, smpai bila-bila pon saya tak percaya mereka lagi.
...

Sumpah. Aku jenis manusia yang susah nak percayakan orang lain walaupun orang terdekat atau orang yang aku kenal. Jangan salah faham ye.

Maksud aku tak percaya ini bukan lah aku tak percaya cerita orang. Tapi aku tak percaya dari segi manusia itu sendiri. Sesiapa sahaja kalau manusia memang tidak lari daripada membuat dosa. Itu memang tepat.

Aku ni jenis orang aku x suka nak kongsi cerita aku kat orang. Walaupun benda tu baik or buruk. Bukan saja-saja aku tak nak cerita. Tapi pengalaman yang membuatkan aku jadi kejam.

Kandang -kadang aku lebih suka menulis daripada bercerita. Aku suka menulis sebab aku tahu takda pon orang yang kenal aku. Kalau kenal pon bukan boleh tahu perihal aku.

Aku meluah dengan cara menulis, dan kongsi di blogger. Sebab apa aku selalu buat macam ni. Sebab aku hilang kepercayaan kepada manusia.

Kalau aku cerita pon perihal atau cerita atau gosip, aku akan cerita 20% je.

Teringat kata kata cikgu aku dulu masa sekolah mengenah. Cikgu Rohaiza pernah cakap ;

"Jangan cerita semua tentang kisah kita kat orang sama ada baik atau buruk."

"Jangan kongsi semua cerita kita dengan  orang"

Kadang kadang benda yang lalu menjadikan aku kejam sampai sekarang.

Aku sangat tidak percaya dengan manusia yang makan talam. Kalau ko tgk orang baik dengan ko belum tentu die boleh jaga aib ko. Takut die citer buruk kau kat orang lain .

Wassap status bukan untuk aku luah kan perasaan aku. Kadang² malu jugak sebab   kalau aku aplud status tengah marah ke orang akan baca dan melebelkan aku jenis manusia macam itu ini.

Sebab dari wassap orang boleh kenal kita. So aku akan kawal diri apabila aku marah dan aku tak kan aplude status macam orang ada masalah besar.

Wassap dengan blogger lain bagi aku. Kalau wassap orang boleh kenal kita dan kalau blog orang tak kan kenal kita. Lainlah kalau kau citer blog kau kat orang.

Kadang kadang aku suka perhatikan manusia. Aku banyak berdiam Kerna aku suka melihat gelagat manusia. Hahaha

Aku suka memerhati kan sifat manusia seperti Yahudi. Kadang kadang bila aku diam bukan bermaksud aku sombong tpi aku malas nak layan benda yang kecil.

Dan aku tak suka memperbesarkan masalah. Sebab tu aku memilih untuk berdiam daripada berperang. Kalau kau dah besar or matang kau tak kan memperbesarkan hal remeh temeh.


Semoga Allah memberikan aku hidayah dan petunjuk. 

-sufikhaulah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan