Jumaat, 22 September 2017
Hati-hati disaat kita tersungkur.
Takut takut fikiran sudah tidak lagi mengagungkan Tuhan,
Dan merasakan dunia itu adalah jalan penyelesaian.
Takut takut keyakinan itu makin merapuh,
Dan meragui bahawa Tuhan itulah yang paling berkuasa dalam memakbulkan, memutuskan, dan menjadikan satu satu impian dan doa itu tertangguh.
Hati-hati disaat kita tersungkur.
Kerana syaitan menanti nanti saat dan masa untuk dia menjangkiti.
Menjangkiti hati itu, disaat tibanya masa kita perlu diuji keteguhan dan keyakinan.
“Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”
(Qs. Al-A’raf, 7 : 17)
Istighfarlah duhai hati.
Mohon agar Dia terus teguhkan hati di atas jalan ini. Biar tersungkut itu bukan permulaan kepada berhenti. Tapi ianya adalah pemangkin kepada bangkitnya jiwa seorang mujahid dakwah.
You strong, guys. You strong.
Allahuakbar!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan