Bismillah…
Cikgu : awak nak tak saya ceritakan satu cerita.
~Sambil berdiri di depat meja guru lalu pegang kertas soalan
berwarna putih di tangan kanan~
Murid-murid : ooo
ni mesti kene tepuk tangan pastu habis… kan cikgu
~Salah seorang murid menyampok ~
Cikgu : (geleng)
tidak cerita ni best, nak dengar tak?
~Cikgu kami dalam keadaan bersungguh-sungguh~
Murid-murid : nak
cikgu. cerita apa??
~Murid-murid memberikan sepenuh perhatian kepada guru
kami. Kelas kami tiada satu pon bunyi melainkan bunyi kipas yang berputar dan
suara cikgu kami yang nyaring~
Cikgu : ada
sebuah kehidupan agak susah iaitu seorang anak dan seorang ayah. Kehidupan
mereka tidaklah senang dan agak susah. Mereka berkerja sebagai potong kayu.
Pada satu hari si anak cakap dekat ayah dia “ayah, ayah tidak penat ke? bila
kita dapat rehat dari membuat kerja ?”. lalu si ayah menarik nafas panjang dan
berkata “kita tidak akan pernah rehat sehingga kaki sebelah kita melangkah ke
syurga.”
~Sambil bersandar di depan meja guru~
Murid-murid :
(terdiam)
~murid-murid fokus~
Cikgu : maksud
kat sini kehidupan kita tidak akan pernah rehat. Contoh solat, mula-mula solat
subuh, lepastu zuhor dan seterusnya.
P/s : perbualan
antara kami iaitu tingkatan 3 Delima 2015 dan guru kelas kami yang mengajar
matapelajara Bahasa ingeris Cikgu Nurul Salwa. Semoga kami diberi kejayaan
dunia dan akhirat.
“KITA TIDAK AKAN PERNAH BEREHAT SEHINGGA
KAKI SEBELAH KITA MELANGKAH KE SYURGA.”
Teringat tahun
2015 semasa kami menghadiri kelas tambahan Bahasa inggeris. Dalam keadaan kami
yang akan menduduki pt3, mungkin banyak tekanan yang menekan kami. Kami
diwajibkan menghadiri kelas tambahan apabila cuti sekolah dan selepas tamat
sesi persekolahan. Tapi itu bukanlah benda yang menyusahkan bagi kami kerana pada
tahun yang sama kami ada peperiksaan besar.
Cikgu kami
menceritakan kisah ini pada kami bertujuan untuk memberikan kami motivasi agar
terus belajar dan mencari ilmu sehingga kami mencapai cita-cita kami akan
datang. Dalam keadaan kami semua sedang mengeluh dan meminta masa beberapa minit
untuk berehat menghilangkan segala kelengohan tangan dan otak kami yang sedang
berfkir untuk berehat daripada guru kami. Lalu cikgu kami membuka cerita
tentang kisah ini kepada kami. Walaupon suara cikgu kami amatlah perlahan
tetapi apabila diberikan sepenuh tumpuan dan perhatian suara cikgu kami dapat
kami dengari dengan jelas. Dan kami semua faham apa maksud yang ingin
disampaikan oleh guru kami.
Semoga kisah ini
akan membuat saya dan anda terus berkerja tanpa memikirkan rehat. Teringat saya
akan seorang ulamak imam Gazali pernah
kata Bahawa “apabila melakukan ibadat maka lakukan seperti esok kamu akan mati
dan itu ibadat terakhir kamu. Dan jika ingin berkerja maka lakukan seperti kamu
ingin hidup seribu tahun akan datang. Teringat lagi akan satu kata-kata ustaz
di redio, dia kata orang bijak dia akan fikir alam seterusnya. Contoh kita alam
persekolahan, maka kita akan fikir alam di university dan dari itu kita akan
belajar untuk masuk ke university. Kalau kita alam university kita akan fikir
alam perkerjaan. Kalau kita alam perkerjaan maka kita akan fikir alam pencen.
Kalau kita fikir alam pencen maka kita akan fikir alam mati.
~yaallah,
bantulah kami yang kerdil ini. Cukup kan segala bagi kami. Bantulah kami dalam
segala urusan dunia dan akhirat. Bantu kami dalam menjalani segala kehidupan
seharian kami. Dekatkan kami dengan orang yang kau beri hidayah dan boleh
membantu kami dalam urusanb agama kami~