Sabtu, 16 Januari 2021

Rm10 aku hidup dalam masa 4minggu (part6)

 Kenapa tiggal Rm10 je?


Ini lah cerita paling sedih bagi aku, tapi ada jugak lawak. Bila ingat balik peristiwa tu, aku rasa menyesal dan bersyukur.

Kenapa nak bersyukur dengan peristiwa tu.. Apa yang best sangat. Mesti korang tertanya kan. 

Cerita ni panjang sangat. Sebab peristiwa ni bermula tahun lepas, masa aku belajar lagi kat kolej lagi.

Okay, aku cerita dari mula..

Kami sekelas rancang untuk pergi air terjun. Konon nya Kitaorg nak cipta kenangan yang boleh di igt sampai bila² lah.

Setelah dirancang bersama kawan², kami memilih nama tempat tu Pelepah dkt air terjun kota tinggi. 

Best jugk tempat tu bagi sapa yang suka mendaki gunung, panjat bukit dan suka tempat mencabar.  Sebab tempat tu, kau kene lalu jalan pokok kelapa sawit, panjat gunung. Bagi aku paling best ada air terjun dalam hutan tu. 

Dah jauh pulak aku cerita...

Pagi jam 8.00 kami dah kumpul kat rumah kawan kawan aku. Siapkan apa yang patut cth makanan, peralatan. Kami bawak bekal makanan utk makan kt sana.

Pelajar yang pergi seramai 10 org, kerendaan motor 5, aku naik skuter aku. Dah lah lembab nak mampos moto aku.. Hahaha.



Dalam perjalanan ke air terjun mungkin henpon aku tercicir. Aku tak perasan pon kejadian tu.

Masa dah sampai kota tinggi, carilah hendpone aku dalam beg, kat moto, tapi tak jumpa pon. Sah memang hilang masa perjalanan tadi.

Untuk pengatahuan kalian, henpon tu aku baru je beli kat lazada. Aku guna tak sampai 3 bulan pon Tetiba hilang. Kira ni henpon baru lah. 

Masa tu aku ada 2 henpon redmi dgn oppo. Henpon yg hilang oppo. Nasib baik simkad rasmi aku kat henpon redmi. 

........

Dipendekkan cerita... 

Masa minggu pertama aku kerja duit belanja aku tu aku buat beli hendpone oppo untuk ganti hendpone yg hilang tu.

Harga hendpone oppo tu harga Rm280. Kira mahal jugaklah untuk harga secondhand. Kau bayangkan lah dah lah mahal pastu tak ori beb... Sakit pulak hati aku.. 

Kenapa aku beli second?. 

Sebab duit aku kat tangan masatu tinggal rm290. ni lah paling murah dan cukup utk aku gantikan balik hp hilang tu.

Kenapa aku perlu ganti hp hilang?

Orang tua aku tak tau ttg henpon tu pernah hilang. Aku cakap kat org tua aku yg hendpone tu ada lagi. Aku takut orang tua aku nak tgk hendpone tu. Jadi, tak ada pilihan. Dah lah henpon tu baru je beli. 

Kenapa orang tua aku tak tau hendpone hilang?

Aku tak bagitau kat mama ayah yang aku pergi air terjun dengan kawan aku naik motor. (Kira aku ni pegi senyap²). Kalau aku bagitau dorang, mesti dia tanya hilang kat mana lah, macam mna boleh hilang lah.... Mesti kantoi punya. 


P/s: banyak lagi persolan yang aku nak cerita. Tapi next lah.. Penat

Rm10 hidup dalam masa 4minggu (part5)

 Sewa bilik aku sapa bayar? 

Gambar google

Untuk bilik sewa aku Mama dan ayah bayar. Aku bayar duit Pakcik abu, mama dan ayah bayar duit bilik sewa.


Aku sewa bilik kat rumah Cik Normah. Cik Normah ni pemilik rumah yang aku duduk. Aku duduk berdua je dgn dia.


Harga bilik sewa masa mula² bincang Rm180. Murahkan harga tu. Kat bandar mana dapat harga macam ni. Ini harga ats telipon je. Masa ni bicang belum bersua muka lagi.


Pada 8.12.19 aku datang rumah cik Normah dia bagi harga sewa bilik Rm150. Dia bagi harga murah sebab aku ni cuma praktikal je. 


Selepas mama ayah aku bincang dgn Cik Normah, ayah aku nak bayar Rm200. Sebab mungkin aku makan kat situ, masak, mandi, guna mesin basuh dan bill lagi. 

Alhamdullilah, Cik Normah setuju dgn harga tu. Mula dia bagi harga Rm180, pastu turun lagi Rm150, last keluarga aku nak bagi Rm200.

Rm10 hidup dalam masa 4minggu (part4)

 Aku bayar grab pakai apa?


Mama dah ayah aku dah bincang dengan Pakcik Abu ttg bayaran. So cadangannya lepas cukup sebulan aku naik Pakcik ni baru aku bayar.


aku tunggu elaun bulan seterusnya untuk bayar duit pajak. ( ni episod aku dah ada duit )


Bayaran harga pajak pergi dan balik kerja murah sangat iaitu Rm200 je. Tapi ayah aku suruh bagi lebih sikit. Aku bagi Rm250. Duit lebih tu ayah aku kata duit kopi dn rokok dia. 


Nak tau Kenapa ayah aku suruh bagi lebih... Sebab murah sangat Rm200 untuk 4/5 km. Jadi, aku tambah lagi Rm50.

Rm10 hidup dalam masa 4minggu (part3)

 Aku balik rumah naik apa?



Aku balik rumah naik kereta Myvi kelabu. Aku sewa pajak dengan sorang Pakcik ni. Aku panggil Pakcik Abu. 

Aku bayar Pakcik setiap bulan untuk hantar pergi kerja dan balik kerja setiap hari. Die akan ikut jadual kerja aku.

 Contohnya esok aku pergi kerja jam 7.am, Pakcik dah tunggu aku jam 6.30 pagi kat bawah (aku duduk rumah flat). Tapi aku kene bagitau awal kat dia. Kalau aku nak balik kerja, aku akan bagitau Pakcik 10 minit awal utk dia amik aku.

Kerja Pakcik Abu ni kita mcm grab lah. Bayar sebulan sekali. Kira macam pajak sebulan lah. Kalau tak silap dia amik budak macam aku dalam 4 orang untuk hantar pergi kerja.

RM10 hidup Dalam masa 4minggu (part2)

 Aku makan apa? 



Mestilah aku makan nasi. Di tempat kerja aku, kami staff hotel diberikan makanan dan minuman percuma. Tapi adalah sesetengah staff yang makan berbayar. Tapi aku makan percuma, cuma kena ada kupon. 

Kantin tempat kerja aku bukak 2 kali iaitu makan tengah hari dan makan pentang. Waktu makanan tengah hari jam 11.00 hingga 2.00 p.m.. Dan makan waktu petang jam 4.00 hingga 7.00 malam.

Jadi kalau aku kerja sift pagi aku akan makan tgh hari. Aku makan sekali ja. Tapi kadang² aku makan 2 kali. Aku makan utk shift ptg sekali. Hahaha.

Bila aku dah makan kat tempat kerja dan kenyang, aku tak payahlah makan kat rumah atau beli. So mmg aku x payah gunakan duit lah.

Lagi satu, sebelum aku pergi praktikal, aku dah beli meggi, oat, milo, roti biskut kat kampung aku. Semua makanan tu aku bawak pergi sana.

Kadang² Tuan rumah aku ni selalu masak utk aku, sebab kami duduk berdua je.

Jumaat, 15 Januari 2021

Rm10 hidup dalam masa 4 minggu


Bismillah



Korang mesti petik dengan tajuk tu. Ye lah zaman sekarang mana mungkin boleh hidup dengan duit sikit. Lagi² ekonomi negara kita ni yang sedang membangun. Aku pulak praktikal elaun dapat sikit je. Kisah ni terjadi masa aku sedang praktikal di sebuah hotel pada bulan 12 tahun 2019.


Korang mesti tertanya tentang...


Aku makan apa?

Balik rumah naik ape?

Bayar grab pakai apa?

Bill bilik sewa sapa bayar?

Dan soalan paling serius adalah 

Kenapa tinggal Rm10.?




Aku akan cerita next episod.

Khamis, 14 Januari 2021

INTERNSHIP EXPERIENCE 'PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI (part 1)


Bismillah



9.12.19 saya lapor diri di sebagai pelajar praktikal di Mutiara hotel di johor


10.12.19 aku sempat jumpa mama sebelum aku pegi kerja. Waktu pagi tu mama aku ada krusus di KSL Hotel.. So mama aku call aku nak jumpa aku kat tempat kerja aku, aku cakap x payah.. Biar aku je pegi KSL jumpa mama. 
 
"Mimi nanti mama datang tempat kerja mimi tau.. Mama nk jumpa mimi"
"X payah lah mama.. Biar mimi dtg tempat mama(KSL).. Pastu siap mimi pergi kerja mimi"
"Ok lah mimi.. Nanti mama dah sampai KSL mama call"

........


"mimi.. Mama dah sampai KSL.. Mimi dtg lah sini.. Mama tunggu"
"Ok mama.. Mimi otw nk pergi sana"

10.10a.m aku keluar naik grab. Nak sampai sana banyak pulak halangan antaranya jalan jem, lampu isyarat lambat hijau, banyk pulak Pakcik ni masuk sempang. Pastu Pakcik ni turunkan aku kat shopping mall.. 

10.25a.m aku cari mama aku dalam mall, pusing satu mall pulaktu. Dekat 10minit jugak cri mama aku siap sesat lagi.

"Mama... Mimi dah sampai mama kat mana?"
"Jap mimi.. Mama tgh daftar ni.. Manti mama call"
"Ok lah"
 
........

"Mimi kat mana... "
"Kat depan Tesco ni mama "
"tesco belah mana.. Mama tak jumpa pon "

Kami mencari antara satu sama lain.. Tapi tak jumpa.. Yelah mall tu besar, dah lah aku bape kali je masuk situ.. Mana nak ingat jalan..  Mama aku pulak tak tau tesco kat mana.. So susahlah.. Membazir masa je.

"Mimi.. Mama dpn watson ni"
"Mimi nmpak watson... Skg mimi pegi situ"
"Mimi kau kat mana"
"Mama kat mana... Mimi depan watson ni"
"Mama tak nampak mimi pon"
"Mimi pon tak nampak mama"

10.35a.m aku cari mama kat tingkat tu.. Tapi tak jumpa pon... Rupanya KSL ada 2 kedai Watson.. Aku cari mama kat watson kedai bawah.. Tapi mama kat watson kedai atas.. Bazir lagi masa.

.......

"Mama mimi dpt jumpa watson lagi satu kedai"
"Yeke mimi"
"Mimi skg pegi tempat mama"

Aku Dah sampai kedai watson tingkat atas

"Mama.. Mimi dpn kedai ni tak npk mama pon"
"Mimi tunggu situ... Mama dah nampak mimi"

Akhirnya berjaya dipertemukan jugak anak dan mak yang telah terpisah selama 3 hari. Masa aku jumpa mama aku hampir nak nangis.. Tapi aku cover lah.. Buat macam takde pape berlaku.. Aku salam mama dgn kawan mama aku (mama pegi krusus dgn kawan kerja)

Masa sangat suntuk.. Aku dgn mama jalan² dalam mall tgk makanan. Mama aku belanja 3 donat... Sedap jugak donat tu..

Lepas siap beli donat, kami duduk kat kedai tu. Kami bebual macam biasa, tanya pasal kerja.. Dan kami sempat berselfie berdua *gambar tu yg no 2 *.. 

10.42.a.m sepatutnya aku dah gerak ke tempat kerja.

 Mama teman aku sampai pintu luar mall. Mama nak carikan grab utk hantar aku pergi kerja, tapi lambat sangat So aku naiklah teksi.

Aku jumpa 2 buah kereta teksi yang memandunya lelaki india tua. Teksi tu parking depan mall.

 Mama tanya Pakcik tu ttg harga dri KSL ke Mutiara, Pakcik tu kenakan Rm10 Peh mahal baii. Aku ckp dgn Mama aku nak jalan kaki pergi kerja. Lagipon dekat je x sampai 10minit pon jalan kaki. 

Tapi mama ckp takut tak sempat. Sebab masatu dh nak kol 11:50. mama tanyalah Pakcik teksi satu lagi, die cuma bagi harga rendah sikit iaitu RM5. So aku naiklah pakcik ni. Pakcik hantar aku sampai tempat kerja aku.

Aku masih ingat lambaian itu. Part ni paling sedih. 


11.9.19 aku kerja pagi sift pagi datang jam 7 balik jam 3pm. Lepas je balik kerja aku terus je pergi pasar rabu. Dekat je dpan rumah sewa aku. Aku pergi jalan kaki. Aku paling suka beli makanan, pakaian dn bayak lagi lah.. 

Nasi kerabu yg dalam gambar ni harganya Rm8.00. Memang lah Mahal tapi puas hati aku beli, dah lah sedap pastu bayk jgk kuantiti lauk die. Kat tempat aku memang senang nak cari makanan.  Itulah paling aku suka.

Kalau korang nak tau harga roti 4 jenis Rm10. Aku beli untuk stok makanan kalau tetiba aku lapar malam² ke atau untuk sarapan sebelum pergi kerja.


13.12.19 Aku balik kerja dalam jam 3.30. Lepas siap tukar baju je aku terus pergi surau untuk solat zuhor. 

4.10p.m Mama dan ayah datang melawat aku. Dorang datang dan bawa aku jalan² di SOGO. 

6.p.m setelah puas berjalan kat SOGO, Mereka hantar aku balik ke rumah sewa. Mereka bagi aku bekal spggeti bolognese. Speggti tu mama yang masak sendiri.



P/s : nanti saya sambung part2 seterusnya.